MetMalaysia keluar enam amaran tapi tak diendahkan – Ismail

MetMalaysia keluar enam amaran tapi tak diendahkan – Ismail

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan enam kali amaran cuaca signifikan, yang boleh mengakibatkan hujan lebat berterusan, bermula 18 Disember tahun lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata bagaimana pun amaran cuaca itu tidak diendahkan sesetengah pihak yang terbabit secara langsung dalam pengurusan bencana.



Beliau berkata, sikap itu berlaku kerana pihak berkenaan mengandaikan hanya negeri di Pantai Timur Semenanjung saja akan terjejas akibat banjir yang dibawa hujan lebat berterusan akibat luruan Monsun Timur Laut.

“Persediaan bagi menghadapi musim tengkujuh juga lebih banyak tertumpu kepada di Pantai Timur dan banjir luar biasa di Selangor yang berlaku ini adalah di luar jangkaan banyak pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberikan penerangan berhubung Bantuan Bencana Banjir pada Mesyuarat Khas Parlimen di Dewan Rakyat, hari ini. BH

MetMalaysia keluar enam amaran tapi tak diendahkan – Ismail




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Smart TAG, Touch ‘n Go lebih digemari pengguna



Blue Tears Kuala Selangor, Penemuan Luar Biasa

Kos RIFD tak sampai RM1, kenapa jual RM35?, soal Najib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker