Kanak-kanak cedera tong gas meletup di rumah

Kanak-kanak cedera tong gas meletup di rumah

Kanak-kanak cedera tong gas meletup di rumah
– Foto hiasan

TUARAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun cedera selepas tong gas petroleum cecair (LPG) di dapur rumahnya di Kampung Berungis di sini, meletup petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohammad Nor Amit, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 2.32 petang.

Katanya, seramai 15 anggota dan pegawai bergegas ke lokasi dengan satu jentera dan satu kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati kanak-kanak yang cedera sudah dihantar oleh orang awam ke hospital berhampiran.

“Berdasarkan pemeriksaan awal, mungkin berlaku kebocoran pada hos gas dan mangsa yang tinggal sendirian menghidupkan suis peti sejuk, mengakibatkan percikan berlaku,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas


Mohammad Nor berkata, mangsa dirawat di Hospital Tuaran akibat kecederaan pada bahagian muka.

“Pasukan bomba turut menjalankan pemeriksaan di lokasi bagi mengelak bahaya lain. Operasi ditamatkan pada jam 2.40 petang,” katanya.

Kanak-kanak cedera tong gas meletup di rumah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?

 

 

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker