Haram sondol rumah tangga orang supaya bercerai – Ustaz Azhar Idrus

Haram sondol rumah tangga orang supaya bercerai – Ustaz Azhar Idrus

Haram hukumnya sekiranya seseorang itu dengan sengaja mengganggu dan merosakkan rumah tangga orang supaya pasangan suami isteri tersebut bercerai.

Menerusi penjelasan pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus berkata, terdapat perbezaan antara mengganggu rumah tangga orang dengan poligami yang dibenarkan di dalam Islam.



“Dalam Islam ini, dia kahwin seorang. Jika kamu kahwin lebih daripada seorang (adalah) dibolehkan, bukan disuruh. Cuma kena faham, kalau makna ‘sondol’ itu ialah orang perempuan yang dia sengaja nak merosakkan rumah tangga orang lain, baru hukumnya haram.

“Tapi kalau dia nak berkahwin dengan suami orang, hukumnya harus. Ramai orang salah faham, dia kata kalau kahwin dengan suami orang dikira merampas, salah,” tegasnya menerusi video menjawab soalan sewaktu ditemu bual pendakwah muda, Furqan Fawwaz.

Mengulas lanjut, Ustaz Azhar berkata, wanita yang disifatkan sebagai perampas apabila dia berkahwin dengan suami orang, seterusnya menyuruh lelaki tersebut menceraikan isteri pertama.

“Dia kahwin dengan suami orang dan dia suruh cerai isteri tua, perampas. Dia hidup dengan baik, dia akan jadi isteri yang kedua, itu bukan perampas. Itulah yang dibenarkan dalam Islam.



“Hukum tu tengok-tengok dulu, bukan dengan emosi. Kalau memang dia ganggu rumah tangga orang supaya ranap rumah tangga itu, supaya bercerai laki bini itu haram. Itu bukan pendapat saya, itu pandangan di sisi Islam,” tegasnya. K Online

Haram sondol rumah tangga orang supaya bercerai – Ustaz Azhar Idrus

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Pulanglah ke pangkal jalan Sol – Ibu

Sudah terlambat Sol – Puteri Sarah



Syamsul Saja Nak ‘Torture’ Mental Puteri Sarah?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker