Rumusan SC tak bermakna tak boleh lagi buka siasatan

Rumusan SC tak bermakna tak boleh lagi buka siasatan

Rumusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bahawa ia tidak dapat membuktikan terdapat pelanggaran Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA) berhubung pemilikan saham menerusi akaun dagangan Tan Sri Azam Baki, bukan bermaksud kertas siasatan tidak lagi boleh dibuka selepas ini.

Mengemukakan pendapat itu, pengamal undang-undang, Fahmi Abdul Moin, berkata rumusan itu yang diumumkan SC semalam, mungkin merujuk kepada prasiasatan atau inkuiri dilaksanakan suruhanjaya terbabit selepas mendapat maklumat yang didedahkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu sendiri pada sidang media sebelum ini.



“Saya lihat rumusan yang diumumkan SC itu mungkin dapatan melalui bukti awalan yang dikumpul dan berkemungkinan bukannya secara siasatan formal. Apa yang saya faham daripada kenyataan media itu, SC sudah memulakan satu inkuiri atau prasiasatan bagi isu yang membabitkan Azam.

“Namun, daripada dapatan inkuiri (bukti awalan) itu, SC tidak dapat secara konklusif mendapati wujud pelanggaran Seksyen 25(4) SICDA berkenaan kes itu. Bagaimanapun, ia tidak bermaksud kertas siasatan tidak boleh dibuka dan keterangan saksi serta bukti dokumentari tidak boleh diperoleh pegawai penyiasat dalam melengkapkan kertas siasatan itu,” katanya kepada BH.

Fahmi yang juga bekas Timbalan Pendakwa Raya berkata, berdasarkan pengalamannya sewaktu bertugas bagi pihak pendakwaan di Bank Negara Malaysia (BNM), inkuiri adalah perkara yang biasa dilaksanakan.

“Inkuiri ini, pada pengalaman saya semasa berkhidmat dengan pihak pendakwaan di BNM dulu, adalah belum ada kertas siasatan dibuka secara formal,” katanya.



Terdahulu, SC merumuskan bahawa berdasarkan siasatan, ia tidak dapat membuktikan terdapat pelanggaran di bawah Seksyen 25(4) SICDA berhubung pemilikan saham menerusi akaun dagangan Azam, berdasarkan bukti yang dikumpulkan.

SC memaklumkan, sebagai pengawal selia pasaran modal, bidang kuasa kawal selia mereka ditetapkan di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993 (SCA), Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) dan SICDA.

Dalam kes membabitkan Ketua Pesuruhjaya SPRM berkenaan, siasatan berkaitan isu sama ada potensi pelanggaran di bawah Seksyen 25(4) SICDA berlaku, bahawa akaun dagangan mesti dibuka atas nama yang berfaedah pemilik atau penama diberi kuasa.

SC pada 6 Januari lalu, meminta semua pihak yang terbabit, termasuk Azam memberi penjelasan serta mengesahkan kenyataan yang dibuatnya pada satu sidang media, selain mengumpul sebarang bukti berkaitan.



Mengikut Seksyen 25 SICDA, semua akaun sekuriti yang dibuka dengan depositori pusat mesti menggunakan nama pemilik manfaat sekuriti deposit atau penama yang dibenarkan. Seksyen 29A akta sama pula menetapkan semua urus niaga sekuriti hanya boleh dilakukan oleh pemilik manfaat sekuriti atau penama yang dibenarkan.

Azam pada sidang medianya sebeum ini, memaklumkan bahawa akaun saham beliau digunakan oleh adiknya untuk membeli saham-saham di pasaran terbuka dengan pembiayaan sendiri, tiada kaitan dengan siasatan SPRM dan beliau tidak mempunyai kepentingan ke atas saham-saham terbabit. BH

Rumusan SC tak bermakna tak boleh lagi buka siasatan


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Model Jelita Pandu Kereta Suami Pemain Bolasepak, Meninggal Dunia Akibat Langgar Lori [VIDEO]

Intan Najuwa buat pengakuan baru pertama kali lakukannya



Amy punca kemelut Search?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker