Muhyiddin kata tiada duit bayar gaji staf Bersatu, itulah yang UMNO rasa selama ini

Bersatu akan menulis surat kepada SPRM bagi memohon pembatalan perintah pembekuan akaun banknya.

Sekali lagi menafikan menerima sebarang wang daripada dana pakej rangsangan ekonomi bernilai RM92.5 bilion seperti didakwa, Muhyiddin Yassin berkata pembekuan itu akan menjejaskan operasi mereka.

“Bila dah beku akaun, kami sebagai pertubuhan politik yang penting dan besar ini tak ada duit untuk bayar gaji pentadbiran.

“Bukan sahaja untuk sebulan. Sekarang ini mereka kata beku tiga bulan. Pun susah.

“Itu membawa kesan kepada kelicinan pentadbiran parti dan juga peranan kita sebagai parti yang penting dalam negara,” kata presiden Bersatu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata SPRM membekukan akaun bank Bersatu sejak dua minggu lalu bagi memudahkan siasatan berdasarkan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan.

Bagaimanapun, Azam enggan mengulas lebih lanjut.

Pada awalnya pembekuan itu didakwa ada kaitan dengan siasatan terhadap dana rangsangan kerajaan – berjumlah RM92.5 bilion – bagi membendung Covid-19 dan didakwa diselewengkan.

Bagaimanapun sumber SPRM yang enggan dikenali mendakwa, pembekuan itu bagi menyiasat dakwaan Bersatu menerima sumbangan lebih lebih RM300 juta daripada kontraktor yang mendapat pelbagai projek semasa parti itu menjadi kerajaan.

Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin semalam mengecam kerajaan yang menurutnya menggunakan agensi kerajaan sebagai alat untuk “membunuh” kredibiliti Bersatu serta Perikatan Nasional (PN

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dengan nama Allah saya tak cemburu – TMJ

Promosi Hotel ‘Kongkek’, Wanita Ini Dikecam Netizen

Bukan semua pengguna media sosial naik angin Khairi dipecat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker