Pramugara bersalah cabul kehormatan pramugari dalam pesawat

Pramugara bersalah cabul kehormatan pramugari dalam pesawat

SINGAPURA: Seorang pramugara didapati bersalah atas pertuduhan mencabul kehormatan rakan sekerjanya semasa melakukan penerbangan dari Singapura ke Filipina pada 2019.

Lapor berita.mediacorp, lelaki berusia 50 tahun itu didapati bersalah atas satu tuduhan mencabul kehormatan seorang pramugari berusia 27 tahun.



Lelaki itu didakwa menepuk punggung mangsa pada 3 Mei 2019 semasa berjalan melepasi mangsa di dalam pesawat. Mangsa membongkok sedikit kerana sedang melayani seorang penumpang ketika itu.

Butiran mengenai nama syarikat penerbangan dan pihak-pihak yang terlibat disunting daripada dokumen mahkamah dan identiti mangsa juga tidak boleh didedahkan atas perintah mahkamah.

Tertuduh bagaimanapun menafikan dia menyentuh mahupun menepuk punggung mangsa.

Tertuduh sebaliknya mendakwa dia setakat ‘menepuk’ pangkal paha kanan mangsa apabila dia ternampak mangsa sedang bersandar pada tempat duduk.



Dia menyifatkan postur mangsa sebagai ‘menjolok mata’ dan bertegas dia menyentuh mangsa setakat untuk membetulkan posturnya.

Mangsa memaklumkan insiden tersebut kepada ketua pramugara. Selepas pesawat mendarat dan ketika anak kapal sedang bersiap untuk penerbangan balik, tertuduh menghampiri mangsa lalu meminta maaf.

Menurut mangsa, tertuduh memberitahunya dia ‘tidak berniat untuk berbuat demikian’ tetapi mangsa bertanya apakah niat sebenar tertuduh di sebalik perbuatannya itu.

Tertuduh sebaliknya berulang kali menegaskan dia ‘tidak berniat untuk berbuat demikian’.



Semasa pesawat mendarat di Filipina, mangsa menghantar mesej kepada ketuanya untuk menceritakan kejadian tersebut.

Mangsa menegaskan ‘perbuatan tertuduh memang disengajakan dan bukan raba-raba atau sentuhan yang tidak disengajakan’.

Mangsa membuat laporan polis selepas pesawat mendarat di Singapura. Utusan

Pramugara bersalah cabul kehormatan pramugari dalam pesawat




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Model Jelita Pandu Kereta Suami Pemain Bolasepak, Meninggal Dunia Akibat Langgar Lori [VIDEO]



Intan Najuwa buat pengakuan baru pertama kali lakukannya

Amy punca kemelut Search?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker