Penganut Hindu perlu berterima kasih kelonggaran sambut Thaipusam – Presiden MIC

Penganut Hindu perlu berterima kasih kelonggaran sambut Thaipusam – Presiden MIC

Penganut agama Hindu perlu bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana memberi kelonggaran kepada mereka meraikan sambutan Thaipusam secara fizikal tahun ini dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Presiden MIC, S A Vigneswaran, berkata ini kerana tiada sambutan seperti itu dibenarkan tahun lalu.

“Pada tahun lepas langsung tiada apa-apa dibenarkan tetapi kerajaan (tahun ini) telah membenarkan upacara yang diminta oleh kaum Hindu untuk menunaikan kewajiban, cuma Kavadi tidak dibenarkan kerana sukar untuk mengawal SOP berikutan melibatkan bilangan orang yang ramai.

“Sekiranya dibenarkan, ia dikhuatiri membawa padah bukan sahaja kepada kaum India tetapi semua rakyat, jadi kerajaan memberi kebenaran meneruskan perayaan namun dengan kawalan yang ketat, bagi mengelakkan penularan pandemik Covid-19,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri sambutan Thaipusam, di Kuil Sri Subramaniar Sungai Siput.

Vigneswaran berkata, SOP disediakan kerajaan wajar menerima pujian kerana ia telah membolehkan perayaan Thaipusam berlangsung dengan sempurna di seluruh negara.

“Ini menunjukkan kerajaan memang memastikan konsep Keluarga Malaysia untuk semua kaum dan diharapkan semua penganut mematuhi SOP semasa perayaan ini berlangsung dalam dua hari ini, bagi memastikan sambutan tidak menyebabkan kluster dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai perkembangan Briged MIC, yang dilancarkan dalam usaha menarik lebih ramai golongan muda menyertai parti itu bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15), Vigneswaran berkata, ia mendapat sambutan amat baik.

Menurutnya, seramai 3,000 orang telah menyertainya di Johor setakat ini, dan pelancaran Briged Pemuda dan Wanita di negeri itu, dijangka pada bulan hadapan.

“Kita menyasarkan sekurang-kurangnya seramai 2,000 orang akan menyertai Briged MIC di setiap negeri termasuk di Perak, dan pelancaran peringkat kebangsaan akan disempurnakan oleh Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kelak,” katanya.

Vigneswaran berkata, perbincangan yang diadakan pihaknya bersama Zahid dua hari lalu memutuskan supaya keutamaan briged itu perlu selari dengan pelaksanaan Undi18. FMT

Penganut Hindu perlu berterima kasih kelonggaran sambut Thaipusam – Presiden MIC


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Model Jelita Pandu Kereta Suami Pemain Bolasepak, Meninggal Dunia Akibat Langgar Lori [VIDEO]

Intan Najuwa buat pengakuan baru pertama kali lakukannya

Amy punca kemelut Search?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker