Klinik diserbu jual sijil vaksin RM500

Klinik diserbu jual sijil vaksin RM500

SHAH ALAM – Taktik licik sebuah klinik di Gombak dekat sini menjual sijil vaksinasi berharga RM500 kepada lebih 5,000 individu sejak tiga bulan lalu terbongkar apabila diserbu polis, Jumaat lalu.

Dalam serbuan tersebut juga, polis turut menahan tujuh suspek termasuk pemilik klinik berkenaan yang berusia 20 hingga 35 tahun.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, serbuan itu hasil laporan berhubung penularan satu pesanan ringkas menerusi aplikasi WhatsApp yang menawarkan khidmat vaksinasi tanpa lalui proses suntikan vaksin.

Katanya, berdasarkan siasatan modus operandi mereka adalah mendapatkan pelanggan melalui sebaran menerusi aplikasi WhatsApp dan kenalan terdekat.

“Siasatan juga mendapati klinik berkenaan diberikan kuasa untuk melakukan suntikan vaksinasi daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

“Sasaran mereka adalah kepada antivaksin dengan diberikan sijil vaksinasi. Manakala botol (picagari) vaksin yang sepatutnya digunakan telah dipatahkan, dibuangkan dan dipulangkan semula kepada KKM sebagai tanda telah disuntik,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau memberitahu, pada awalnya harga penjualan dikenakan sebanyak RM3, 000 sebelum diturunkan kepada RM500 kepada pelanggan antivaksin.

Jelas Arjunadini, ini ekoran terdapat persaingan daripada kumpulan lain yang melakukan perkara sama yang masih dalam dikesan polis.

“Aktiviti penjualan vaksin ini mungkin dijalankan antara sebulan atau tiga bulan.

“Hasil penelitian di dalam komputer riba yang dirampas mendapati terdapat 5,601 pesakit yang telah didaftarkan sebagai penerima vaksinasi ke dalam sistem MySejahtera,” katanya.

Arjunaidi turut menegaskan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti jumlah yang didaftarkan tanpa menerima suntikan selain julat waktu sering digunakan bagi menjalankan aktiviti tersebut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22 (d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya. K Online

Klinik diserbu jual sijil vaksin RM500


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Doktor beri amaran trend ‘ayam mengantuk’

Tukang Masak Dedah ‘Rahsia Besar’ Cara Masak Nasi Putih Sedap, Bukan Masak Begitu Saja

Ismail Sabri tidak guna kroni masuk UM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker