Klinik caj RM180 setiap kali suntik vaksin palsu

Klinik caj RM180 setiap kali suntik vaksin palsu

Polis Kelantan menahan empat individu termasuk seorang pemilik sebuah klinik kesihatan swasta, di sini kerana disyaki terlibat dengan kegiatan pengeluaran sijil vaksinasi Covid-19 palsu, Ahad lalu.

Kesemua individu terbabit berumur dalam lingkungan 30-an hingga awal 60-an ditahan selepas polis dan Jabatan Kesihatan negeri menerima laporan pada pukul 11.19 pagi kelmarin.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, berdasarkan siasatan awal, klinik itu dipercayai menawarkan perkhidmatan dengan caj RM180 bagi setiap suntikan kepada pelanggannya.

“Antara 1 Oktober 2021 hingga 11 Januari lalu, Jabatan Kesihatan menerima empat aduan daripada sumber berbeza mengenai sijil vaksinasi disyaki palsu oleh sebuah klinik swasta di Kota Bharu dengan caj RM180 setiap suntikan.

“Hasil semakan lanjut pihak Jabatan Kesihatan negeri, individu yang dikatakan telah menerima vaksin tersebut tiada rekod vaksinasi di dalam aplikasi MySejahtera,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata Shafien, bertindak atas laporan, polis bersama pegawai Jabatan Kesihatan negeri membuat serbuan ke atas klinik tersebut sebelum menangkap keempat-empat suspek.

“Suspek terdiri daripada tiga penerima vaksin dan pemilik klinik itu sendiri. Turut dirampas ketika serbuan ialah kad vaksinasi dan lain-lain dokumen berkaitan,” ujarnya.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan sijil vaksinasi palsu untuk tampil membuat laporan polis di mana-mana balai polis berhampiran. Utusan

Klinik caj RM180 setiap kali suntik vaksin palsu


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Model Jelita Pandu Kereta Suami Pemain Bolasepak, Meninggal Dunia Akibat Langgar Lori [VIDEO]

Intan Najuwa buat pengakuan baru pertama kali lakukannya

Amy punca kemelut Search?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker