Penyanyi Elyana Mahu Cipta Memori Dan Nikmati Hidup Baharu Besarkan Anak-Anak [VIDEO]



Penyanyi Elyana Mahu Cipta Memori Dan Nikmati Hidup Baharu Besarkan Anak-Anak [VIDEO]

DISAHKAN bebas kanser selepas 11 tahun berjuang, penyanyi Elyana memberitahu dia ingin menikmati kehidupan baharunya bersama anak-anak.

Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 35, berkata, dia tidak mahu anak-anaknya membesar hanya mengingati tentang penderitaannya sahaja.

“Sudah 22 tahun saya terlibat dalam industri ini dan sudah puas bekerja.

“Inilah masanya saya cipta memori bersama anak-anak. Saya tak mahu bila besar nanti mereka hanya ingat tentang kisah ibunya sakit.




“Tiada apa yang saya kejar lagi. Saya mahu gembira, kesihatan yang baik dan ketenangan,” ujarnya kepada mStar.

Elyana berkahwin dengan Khairul Anuar Husin berkahwin pada 2010

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata Cinta Sumayyah, 12 dan memiliki seorang anak angkat iaitu Cahaya Ramadhani yang kini berusia tiga tahun.

Penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu mengumumkan dia menghidap kanser selepas tersingkir daripada program Gegar Vaganza musim keempat pada tahun 2017.

Menerusi pendedahan itu, Elyana memberitahu dia menghidap penyakit itu sejak 2010 dan jangkaan awal doktor penyanyi itu hanya mampu hidup setahun sahaja.




Namun, pada 8 Disember lalu, Elyana berkongsi berita gembira apabila disahkan bebas daripada penyakit tersebut.

Bercerita lanjut tentang perkara itu, Elyana berkata berita gembira berkenaan dianggap sebagai satu rahmat buat dirinya.

Tambahnya, dia juga pernah berasa putus asa dan reda jika tidak diberikan kesembuhan.

“Selama ini orang selalu bercakap, sabarlah kerana setiap ujian pasti ada pelangi di hadapan.

“Perkara ini terjadi kepada saya. Ini adalah pelangi yang saya nantikan.




“Pernah sebelum ini saya tidak lagi berharap akan sembuh, hanya mahu kuat untuk terus hidup,” ujarnya.

Selain itu, Elyana berkata, dia masih meneruskan rawatan kemoterapi bagi memastikan sel kanser tidak kembali.-mSTAR

Penyanyi Elyana Mahu Cipta Memori Dan Nikmati Hidup Baharu Besarkan Anak-Anak [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392




Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Doktor beri amaran trend ‘ayam mengantuk’

Tukang Masak Dedah ‘Rahsia Besar’ Cara Masak Nasi Putih Sedap, Bukan Masak Begitu Saja



Leave a Reply

Your email address will not be published.