KKM siasat kes AEFI libatkan bapa Mufti Perlis

KKM siasat kes AEFI libatkan bapa Mufti Perlis

Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian kesan adverse – mudarat – susulan kes imunisasi (AEFI) membabitkan bapa Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Awal hari ini, Asri menyatakan kebimbangan kerana bapanya telah dimasukkan ke hospital selama lebih seminggu selepas keadaan kesihatannya menjadi lebih teruk selepas mendapat dos penggalak vaksin Covid-19.

“Pihak NPRA telah menghubungi hospital yang berkenaan dan mereka dalam proses menyiasat dan menyediakan laporan AEFI,” kata Program Perkhidmatan Farmasi KKM pada satu kenyataan ringkas.

Bahagian Regulatori Farmasi Negara (singkatan NPRA) bertanggungjawab terhadap ujian, kelulusan dan pengawasan produk kesihatan termasuk penggunaan vaksin di Malaysia.

Asri berkata bapanya muntah dan menjadi sangat lemah selepas menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 yang ketiga.

Menurutnya, seorang doktor menyatakan bapanya sekali lagi diserang angin ahmar di bahagian sensitif kepalanya.

Menulis di Instagram, asri membangkitkan soalan jika ia ada kaitan dengan vaksin.

“Punca masih tidak jelas. Apakah ada kaitan dengan dos penggalak atau tidak? Saya tidak pasti.

“Hanya pakar yang dapat menjelaskan,” kata mufti itu pada hantaran gambar dia menziarahi bapanya di hospital.

Asri tidak menyatakan bila bapanya menerima dos penggalak atau jenis vaksin yang diterimanya.

Dia juga menggesa KKM supaya mengambil aduan yang serius mengenai AEFI dan menjalankan siasatan mengenai kesan sampingan vaksin terutamanya melibatkan kes vaksin didapati tidak sesuai kepada penerima.

Menurut Asri, dia bimbang selepas mengetahui beberapa kes penerima vaksin meninggal dunia selepas mendapat dos penggalak. Mk

KKM siasat kes AEFI libatkan bapa Mufti Perlis


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Doktor beri amaran trend ‘ayam mengantuk’

Tukang Masak Dedah ‘Rahsia Besar’ Cara Masak Nasi Putih Sedap, Bukan Masak Begitu Saja

Ismail Sabri tidak guna kroni masuk UM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker