Kerajaan umum sumbangan RM10 juta kepada FAM



Kerajaan umum sumbangan RM10 juta kepada FAM

PUTRAJAYA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan akan menyumbangkan RM10 juta kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), tahun ini.

Perdana Menteri berkata, sumbangan itu mencerminkan sokongan kerajaan kepada pembangunan bola sepak negara.

Beliau berkata, Kerajaan sentiasa berusaha melakukan yang terbaik bagi membantu perkembangan mutu bola sepak negara.

“Peta Hala Tuju atau F:30 yang dilancarkan pada 2018 pula adalah simbol kesungguhan FAM melaksanakan pelan menyeluruh ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara bola sepak yang disegani.




“Sasaran utama F:30 adalah menjadikan pasukan negara antara lima yang terbaik di Asia menjelang 2030.

“Bagi menunjukkan sokongan kerajaan kepada pembangunan bola sepak negara, saya mengumumkan kerajaan akan menyumbangkan sebanyak RM10 juta kepada FAM, tahun ini,” katanya pada Majlis Pecah Tanah Ibu Pejabat Baharu FAM, di Presint 5, di sini, hari ini. BH

Berita lanjut menyusul

Kerajaan umum sumbangan RM10 juta kepada FAM


Baca Artikel Menarik :




Layari Laman Facebook MYKMU</a


Rupa-rupanya Kamal Adli

Resepi Crab Rangoon Viral Gila

Gerai nasi dagang tak menang tangan lepas viral, 2 jam ‘sold out’



Leave a Reply

Your email address will not be published.