Darurat “Stail Muhyiddin” Siksa Rakyat Tanpa Belas Kasihan

Oleh Nurul Aishah

RAKYAT sangat sengsara ketika Tan Sri Muhyiddin menjadi Perdana Menteri ke 8. Beliau dilihat menyiksa rakyat dengan mengambil kesempatan ketika Covid 19 melanda dunia dengan melaksanakan darurat yang paling panjang namun gagal membendung pandemik tersebut.

Ironinya Muhyiddin cuba memberi justifikasi atas tindakan beliau melaksanakan darurat dan cuba mempertahankan rekod pengendalian Covid semasa beliau menjadi PM.



Fakta tidak akan dapat disangkal. Darurat “stail Muhyiddin” menyiksa rakyat tanpa belas kasihan.

1. Malaysia adalah satu-satunya negara dalam dunia yang gantungkan parlimen dengan alasan melawan Covid. Cuba sebut satu negara yang berbuat demikian. Negara kita dalam darurat dan parlimen digantung hampir sepanjang tempoh Muhyiddin sebagai PM pada tahun 2021 iaitu dari 1 Jan sehingga dia berhenti pada 20 Ogos 2021.

2. Akibat langkah-langkah separuh masak di mana kilang-kilang dan tapak pembinaan dibenarkan beroperasi tetapi perniagaan kecil dan rakyat biasa dikurung, tempoh lockdown Malaysia adalah paling lama di dunia.

Kesannya PKP 2.0 (13 Jan- 5 Mac) dan PKP3.0/Total lockdown/PPN (12 Mei-20 Ogos), Rakyat telah dikurung selama 153 hari daripada 232 hari pada tahun 2021 sehingga Muhyiddin berhenti sebagai PM.



3. Biarpun dikurung begitu lama, rekod kes Covid dan kematian Covid kita adalah paling teruk di ASEAN dan antara paling parah di dunia pada tempoh tersebut.

Dalam tempoh itu, kenaikan kes Covid bagi setiap 1 juta penduduk adalah berikut:
– Malaysia: 42,715
– Indonesia: 13,590
– Filipina: 10,074
– Thailand: 14,194
– Singapura: 1,431

Bagi kenaikan kematian Covid bagi setiap 1 juta penduduk pula:
– Malaysia: 404 (789 jika ambil kira tunggakan yang disorok)
– Indonesia: 368
– Filipina: 197
– Thailand: 125
– Singapura: 3

Lebih mengejutkan ialah selepas dia henti sebagai PM, negara diberitahu bahawa terdapat banyak kematian Covid yang tertunggak dan tidak dilaporkan.



Akibat “back-log tersebut”, jumlah kumulatif kematian Covid bagi setiap 1 juta penduduk hampir lonjak berganda dari 418 nyawa pada 20 Ogos ke 789 nyawa pada akhir bulan September.

Dalam tempoh tersebut itu juga, kadar kes Covid dan kematian Covid setiap hari kita adalah antara paling tinggi dalam dunia.

4. Biarpun Muhyiddin mengaku telah berbelanja RM600 bilion, keadaan negara kita di bawah kerajaan Muhyiddin yang gagal menjadi semakin parah sehingga membawa kepada YDPA dan Raja-Raja Melayu untuk mengeluarkan titah bersama agar kerajaan tamatkan darurat dan menggunakan pendekatan baharu untuk melawan Covid dan menjaga ekonomi negara.

Kaedah menangani wabak COVID-19 hendaklah bersifat inklusif, melibatkan pelbagai pihak berkepentingan dalam semangat yang sedia mendengar, sedia mempelajari, sedia melakukan pengubahsuaian, penambahbaikan dan penerokaan baru hingga berjaya meyakinkan dan mendapat kerjasama penuh rakyat pelbagai peringkat,” katanya.



Kebanyakan Rakyat berpendapat bahawa darurat dan lockdown Muhyiddin bukan untuk melawan Covid atau membantu Rakyat tetapi bagi menghalang dia ditumbangkan agar kerajaan PN masa itu boleh kekal berkuasa.

Akhirnya rakyat yang sengsara ketika Muhyiddin “bersilat” untuk mengekalkan jawatan PM beliau. Dia tidak pernah fikirkan kepentingan rakyat pun.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker