Biodata Artis Suki Low Sook Yee. Profail dan Latar Belakang.

Biodata Artis Suki Low Sook Yee. Profail dan Latar Belakang.

Biodata Artis Suki Low Sook Yee. Profail dan Latar Belakang.

Low Sook Yee (Cina Tradisional: 劉淑怡, Cina Ringkas: 刘淑怡, pinyin: liú shūyí; lahir 26 Disember 1990) atau lebih dikenali sebagai Suki, ialah juara pertandingan One in a Million yang merupakan pertandingan realiti menyanyi pertama di Malaysia yang menawarkan hadiah sejuta ringgit kepada juaranya.

Pada pertandingan akhir pada 22 September 2006, beliau meraih 39% daripada undian penonton dengan persembahan lagu Berdiri dan Everything, lalu mengalahkan Alif Satar dan Faizal Tahir yang masing-masing meraih 27% dan 34% undian.

Latar belakang

Beliau seorang berketurunan Cina yang berasal dari Seremban, ibu Negeri Sembilan Darul Khusus. Beliau berusia 16 tahun ketika kemenangan beliau.



Bekas sekolah menengah beliau ialah SMK Methodist (ACS), Seremban (Tingkatan 1 hingga 3) dan SMK King George V, Seremban (Tingkatan 4 dan 5).

Pada 12 Disember 2012, Beliau telah melangsungkan Perkahwinan dengan pengurusnya Jeremy Chong dan telah melahirkan seorang anak lelaki, Ethan Chong pada 1 Disember 2014.

Kerjaya

Suki dijadikan calon paling berkemungkinan untuk menang, berkedudukan lebih tinggi berbanding penyanyi profesional Dayang Nurfaizah setelah melalui ujian saringan awal. Beliau tersingkir ketika pusingan penyingkiran pertama namun dikembalikan oleh undian penonton ketika pusingan Second Chance.

Finally | Akhirnya

Pada 19 Jun 2008, Suki Low melancarkan album sulungnya bertajuk Finally | Akhirnya



Album ini memuatkan 11 lagu berbahasa Malaysia dan Inggeris, dan dipasarkan dalam bentuk CD, dan muat turun berbayar. Antaranya termasuk lagu Berdiri, Don’t, dan Ku Teruskan (versi bahasa Malaysia bagi lagu Cina Against the Light (逆光) nyanyian asal Stefanie Sun.)

Camp Rock

Sempena pelancaran filem televisyen Camp Rock di Disney Channel Asia pada tahun 2008, Suki terpilih oleh Universal Records dan Disney untuk menyanyikan versi Bahasa Malaysia untuk lagu This is Me yang terdapat dalam filem tersebut, berjudul Siapa Aku. Versi ini diterbit oleh Kieran Kuek dan liriknya dikarang oleh Nur Fatima.

Project NS

Setelah pernah menangguh pada tahun 2007 untuk memberi perhatian kepada pembikinan albumnya, Suki akhirnya menyertai Program Latihan Khidmat Negara pada tahun 2009. Beliau menyertai kem yang sama dengan rakan seperjuangannya di OIAM, iaitu pemenang tempat ketiga Alif Satar, dan pelakon Diana Danielle di Kem PLKN Princess Haliza di Sepang. Pengalaman ketiga-tiga mereka ketika menjalani kewajipan PLKN dirakam dalam rancangan realiti Project NS yang juga disiarkan di 8TV.

Gegar Vaganza 2021

Suki terpilih menyertai Gegar Vaganza (2021) anjuran Astro. Pada show pengenalan peserta dan minggu pertama, Suki membawakan single beliau yang pernah hit 10 tahun lalu iaitu lagu Terlalu Mencintaimu.



Suki Low
劉淑怡
Latar belakang
Nama lahir Low Sook Yee
Juga dikenali sebagai
Suki
Kelahiran 26 Disember 1990 (umur 31)
Berasal dari Malaysia Seremban, Malaysia
Genre Pop
Pekerjaan Penyanyi
Tahun aktif 2006–2014, 2021–kini
Laman sesawang
  • Laman kelab peminat
  • Label Rakaman – Monkey Bone Records

Biodata Artis Suki Low Sook Yee. Profail dan Latar Belakang.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Senarai peserta pentas akhir Gegar Vaganza 8

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker