Biodata Artis Aweera. Profail dan Latar Belakang.

Biodata Artis Aweera. Profail dan Latar Belakang.

Biodata Artis Aweera. Profail dan Latar Belakang.

Aweera atau nama sebenarnya Nasharul Aweera Norhissham merupakan vokalis kumpulan rock Pelita Lusoh.Bakatnya dicungkil menerusi program realiti TV One in a Million musim ketiga terbitan 8TV pada tahun 2009.

Latar belakang

Anak ketiga dari empat adik-beradik ini dibesarkan di Kangar, Perlis. Mula menyanyi sejak berusia 8 tahun dan meminati irama rock. Abang sulungnya, Acca juga aktif bermain muzik dan menganggotai kumpulan Koffin Kanser.



Sewaktu di tingkatan empat, Aweera bersama rakan sekolahnya menubuhkan sebuah kumpulan heavy metal bernama Metronome dan masih wujud sehingga sekarang.

Beliau mempunyai hobi menunggang motosikal bersama kelab BS Bikers di negeri kelahirannya.

Kerjaya

One in a Million (Musim 3)

Aweera baru berusia 18 tahun dan merupakan antara peserta termuda sewaktu menyertai rancangan tersebut. Beliau berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir dan menduduki tempat ketiga di belakang Tomok (juara) dan Esther selaku naib juara.

Sepanjang pertandingan tersebut, lagu-lagu yang telah dinyanyikan oleh Aweera ialah:



  1. “Aku Dah Bosan” (Amy Search)
  2. “She’s Gone” (Steelheart)
  3. “Gemilang” (Jaclyn Victor)
  4. “Janjiku” (Sofaz)
  5. “Tiada Lagi” (Mayang Sari)
  6. “Enter Sandman” (Metallica)
  7. “Di Penjara Janji” (Awie)
  8. “Antara Anyer Dan Jakarta” (Sheila Majid)
  9. “Tak Ada Logika” (Agnes Monica) / “Emansipasi” (Republic of Brickfields)
  10. Medley “Sampai Syurga” (Faizal Tahir) / “My Baby You” (Marc Anthony) / “Hukum Karma” (Wings)
  11. “Ku Di Sini” (lagu baru ciptaan Lin Li Zhen / lirik: Pacha Osman)

Selepas keluar dari OIAM3, Aweera kembali ke Perlis dan bekerja di Unit Kebudayaan di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Sehinggalah pada tahun 2012 beliau dipelawa oleh Edry KRU untuk menyertai kumpulan rock baru, Mojo sebagai vokalis dan menghasilkan album mini (EP).

Menerusi EP tersebut, Mojo meraih anugerah Artis Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2012 manakala lagu Andaiku Bercinta Lagi telah berjaya melangkah ke peringkat akhir Juara Lagu 2012. Di peringkat antarabangsa, Aweera selaku vokalis Mojo pada ketika itu telah meraih anugerah Persembahan Vokal Terbaik di Hong Kong Asian-Pop Music Festival 2013, juga melalui lagu Andai Ku Bercinta Lagi.

Seterusnya album EP kedua muncul pada tahun 2013 dan memuatkan lagu hit Romancinta. Lagu ini juga layak ke peringkat akhir Juara Lagu 2014.



a kemudiannya telah meninggalkan kumpulan tersebut dan bergerak solo.

Aweera telah digandingkan dengan kumpulan rock legenda, Lefthanded untuk mengadakan persembahan penutup tirai acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 pada 5 April 2015.

Gegar Vaganza 2021

Aweera terpilih menyertai Gegar Vaganza (2021) anjuran Astro.



Aweera
Latar belakang
Nama lahir Nasharul Aweera bin Norhissham
Juga dikenali sebagai
Aweera
Kelahiran 24 Ogos 1991 (umur 30)
Utan Aji, PerlisPerlis
Berasal dari MalaysiaMalaysia
Genre Modern rock
Pekerjaan Penyanyi, Pelakon
Instrumen Vokal
Tahun aktif 2009 – sekarang
Syarikat rakaman
2009: Monkey Bone Records
2012 – 2014: KRU Records
2014 – sekarang: Sony Music
Pengkarya berkait
Amy Search, Awie Wings

Biodata Artis Aweera. Profail dan Latar Belakang.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Senarai peserta pentas akhir Gegar Vaganza 8



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker