Farah Izwana ceburi enam bisnes



Farah Izwana ceburi enam bisnes

Gigih mencuba sehingga enam jenis bidang perniagaan pada awal umur 20-an memberi kelebihan kepada Pengasas FizzCahya Sdn. Bhd. (FizzCahya), Farah Izwana Sabar, 32, untuk terus berdiri kukuh berdepan dengan segala cabaran.

Beliau tidak serik meskipun berdepan pengalaman jatuh bangun dalam bisnes sehingga kerugian ratusan ribu ringgit, selain pernah diperleceh kenalan kerana dilihat seperti tiada hala tuju dalam hidup.

Tidak goyah dengan sindiran diterima, wanita berasal dari Batu Pahat, Johor ini menjadikan ia sebagai satu suntikan sema­ngat buat dirinya terus melangkah lebih jauh.

Ibu kepada seorang anak ini cukup serius meneroka enam bidang perniagaan diceburinya dengan mengambil kursus daripada pelbagai pusat pembelajaran termasuk GiatMara bagi melengkapkan dirinya untuk menawarkan perkhidmatan terbaik buat pelanggan.




Selain bidang seni jahitan yang dipelopori ketika berumur 23 tahun, Farah juga aktif dalam bidang masakan khususnya pembuatan kek serta bidang kecantikan melalui pembukaan salon dan spa untuk penjagaan kecantikan serta penjagaan diri di samping salon andaman pe­ngantin.

Farah sebenarnya pernah berkhidmat sebagai penjawat awam dan dalam institusi perbankan, namun minatnya dalam bisnes melebihi segalanya dan beliau nekad berhenti kerja sebelum membuka sebuah kedai jahit, diikuti dengan bisnes bakeri, membuka salon, butik andaman dan akhirnya sebuah butik spa kecantikan bagi memberi kepuasan pada diri.

“Daripada semua cabang bisnes ini, minat dan kecenderu­ngan saya lebih kepada perniagaan salon penjagaan kecantikan kerana ia benar-benar memberi kepuasan pada diri saya.

“Saya kemudiannya mula cuba membangunkan produk bagi memenuhi permintaan pelanggan yang tidak berkesempatan ke salon, namun masih ingin memanjakan diri dengan produk sama yang digunakan kami,” katanya ketika ditemu bual baru-baru ini.


Set JavaGeboo terdiri daripada skrub, losen, mandian badan dan syampu.




Bermodalkan RM500 dan produk daripada hasil inovasi serta kajian selama setahun, FizzCahya melancarkan jenama JavaGeboo, rangkaian produk penjagaan kecantikan yang telah menerima maklum balas serta testimoni baik daripada pelanggannya.

Jelas Farah, JavaGeboo terdiri daripada skrub, losen, mandian badan dan syampu yang ditawarkan pada harga antara RM15 sebotol sehingga RM180 untuk satu set rangkaian produk berkenaan.

Buat masa ini, ia terjual sehingga 10,000 unit sebulan melalui rangkaian stokis, ejen dan dropship secara online.

FizzCahya memiliki kira-kira 40 stokis dan 2,000 pengedar di seluruh negara, selain dropship yang dilantik hasil inisiatif pengedar sendiri.

“Saya mahu rangkaian pengedaran ditambah lagi tahun ini, seiring usaha syarikat untuk terus aktif mengambil peluang daripada pembukaan ekonomi selepas pandemik Covid-19.




“Kami mengunjurkan bila­ngan dropship bertambah kepada 100 orang dan bilangan pengedar meningkat kepada 5,000 orang.

“Melalui kekuatan rangkai­an pemasaran yang diperkukuh dengan promosi lebih aktif, kami optimis perolehan jualan mampu melonjak dua kali ganda pada tahun 2022,” jelasnya.

Menurut Farah, syarikat juga bakal mengeluarkan produk baharu iaitu untuk penjagaan muka yang kini masih dalam peringkat kajian dan pembangunan.

Jelasnya, secara berperingkat, beliau mahu melengkapkan rangkaian produk JavaGeboo daripada hujung rambut sehingga hujung jari kaki bagi memenuhi kehendak serta cita rasa pelanggan daripada pelbagai peringkat umur.

“Kami juga mahu melatih dan membimbing lebih ramai golo­ngan suri rumah serta ibu tunggal untuk menambah pendapatan khususnya dalam persekitaran ekonomi yang sukar kini selain peluang berniaga buat graduan yang masih menganggur.




“Latihan dan bimbingan me­ngenai produk, konsultasi pemasaran serta pengurusan turut disediakan bagi memboleh­kan mereka berkongsi ilmu kecantikan dan penjagaan kesihatan yang baik bersama masyarakat dan pelanggan.

“Mereka mampu meraih pendapatan antara RM1,000 hingga RM5,000 sebulan hanya dengan bekerja dari rumah dengan mo­dal permulaan serendah RM150,” ujarnya. K Online

Farah Izwana ceburi enam bisnes


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Doktor beri amaran trend ‘ayam mengantuk’

Tukang Masak Dedah ‘Rahsia Besar’ Cara Masak Nasi Putih Sedap, Bukan Masak Begitu Saja

Ismail Sabri tidak guna kroni masuk UM



Leave a Reply

Your email address will not be published.