Long Tiger akan didakwa Rabu ini

Long Tiger akan didakwa Rabu ini

Lelaki Rohingya yang dikenali sebagai “Long Tiger” atau nama sebenarnya, Ab Hamim Ab Hamid akan didakwa di Mahkamah Majistret Tangkak, Johor pada Rabu ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Razarudin Husain yang dipetik Sinar Harian berkata, pendakwaan terhadap lelaki itu dilakukan selepas perintah tahanan remannya berakhir pada Selasa.



“Long Tiger akan didakwa pada Rabu (19 Januari) ini di Tangkak selepas perintah tahanan remannya berakhir,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Johor dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Johor.

Pada 6 Januari lalu, Long Tiger dilaporkan ditahan selama 14 hari di Penjara Sungai Udang, Melaka hingga 18 Januari ini.

Pemangku Ketua Polis Johor ketika itu, Khaw Kok Chin berkata, tempoh dua minggu itu adalah proses reman penjara dan kuarantin.

Pada 28 Dis lalu, Long Tiger yang dilaporkan melarikan diri dari lokap Mahkamah Tangkak, di Johor, diberkas bersama seorang lelaki berperwatakan perempuan di sebuah rumah di Sungai Petani, Kedah.



Serbuan jam 3 petang itu turut membawa kepada penahanan seorang lelaki berperwatakan perempuan dipercayai menyembunyikan Long Tiger yang ketika itu menjadi buruan polis selama hampir dua minggu. FMT

Long Tiger akan didakwa Rabu ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Rupa-rupanya Kamal Adli

Resepi Crab Rangoon Viral Gila



Gerai nasi dagang tak menang tangan lepas viral, 2 jam ‘sold out’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker