Kepala nyaris digilis kereta api selepas cuba berpaut

TANGKAP layar menunjukkan lelaki itu berjaya ditarik ke bahagian tengah platform selepas diselamatkan dua pengawal keselamatan. – Dinesh Dubey/ SWNS

MUMBAI – Seorang lelaki di India berdepan dengan detik-detik cemas apabila kepalanya nyaris digilis sebuah kereta api yang sedang bergerak laju selepas dia cuba berpaut pada pintu gerabak, lapor akhbar Daily Star semalam.

Dalam insiden yang dirakam menerusi sistem televisyen litar tertutup (CCTV) di stesen kereta api Dadar pada 12 Januari lalu, lelaki tersebut diselamatkan dua pengawal keselamatan yang bertindak pantas.

Ketika kejadian, kakinya dilihat tersadung ketika cuba berpaut pada pintu gerabak sebuah kereta api yang sedang bergerak laju.

Dua pengawal keselamatan yang berada di kawasan kejadian bertindak pantas dengan meluru ke arah lelaki tersebut dan menariknya kembali ke platform.



“Semuanya berlaku begitu pantas. Lelaki itu memegang pintu kereta api dan berlari bermati-matian untuk menaikinya ketika ia sedang bergerak dengan pantas,’’ kata seorang saksi.

Saksi tersebut menambah, kepala mangsa juga terperosok ke bahagian bawah laluan kereta api sehingga menyebabkan semua orang yang berada di situ panik.

“Lelaki itu tidak sedarkan diri tetapi tidak cedera teruk,’’ kata saksi.

Mangsa dilaporkan telah dimasukkan ke sebuah hospital di Mumbai untuk mendapatkan rawatan lanjut. – AGENSI



Kepala nyaris digilis kereta api selepas cuba berpaut


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Gerai nasi dagang tak menang tangan lepas viral, 2 jam ‘sold out’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker