Maradona Pernah Tembak Wartawan
LONDON: Diego Maradona sememangnya ahli silap mata di padang – namun kadangkala dia mencuri tumpuan untuk sebab yang tidak sepatutnya.
Ikon Argentina itu meninggal dunia pada usia 60 tahun kelmarin selepas mengalami serangan jantung dekat rumahnya di Buenos Aires.
Ucapan penghormatan hadir daripada bintang seperti Pele, Lionel Messi, Cristiano Ronaldo, David Beckham dan Usain Bolt.

Pemergiannya mengingatkan peminat di seluruh dunia mengenai legenda Napoli dan Argentina itu.
Pada 1994, Maradona pernah berdepan masalah kerana menembak wartawan menggunakan senapang angin.
Empat orang cedera apabila dia melepaskan tembakan terhadap mereka di luar kediamannya di Buenos Aires.
Maradona didapati bersalah kerana melakukan serangan dengan senjata dan dikenakan hukuman penjara dua tahun 10 bulan namun ditangguhkan. – Agensi
You must be logged in to post a comment.