10 syarat pembukaan segera Parlimen

 

10 syarat pembukaan segera Parlimen. SEMUA Ahli Parlimen bersepakat dan hanya bincang serta luluskan usul untuk bantu negara keluar dari pandemik COVID-19 dan pacu ekonomi negara.

2. Mesti buktikan prestasi negara dalam membendung pandemik dan meningkatkan peratusan vaksinasi rakyat lebih baik sebelum parlimen dibuka.



3. Kehadiran 100 peratus. Siapa ponteng tanpa sebab yang munasabah, ambil tindakan tatatertib

4. Elaun kehadiran ke dewan rakyat disumbangkan sepenuhnya untuk Tabung Bantuan COVID-19.

5. Berbincang dengan penuh adab, profesionalisme dan integriti tinggi menggunakan bahasa yang sopan sebagai qudwah buat seluruh rakyat. Siapa yang biadab, halau keluar dewan.

6. Prosedur Operasi Standard (SOP) mesti dikuatkuasakan dengan ketat untuk elak kluster Parlimen, termasuk memastikan semua ahli parlimen telah divaksin dan di’swab’ secara berkala.



7. Semua Ahli Parlimen diminta menghentikan serta merta aktiviti perjumpaan dengan masyarakat.

8. Gencatan penuh politiking jatuh-menjatuh dan undi tidak percaya yang bakal mengeruhkan lagi suasana politik negara. Tunggu selepas COVID-19 pulih.

9. Siarkan 100 peratus sesi Dewan Negara secara langsung. Rakyat mahu melihat dan menilai.

10. Makan jangan mewah-mewah sebagai solidariti buat rakyat miskin yang teruk terkesan sepanjang tempoh dua tahun ini.



Kalau tidak mampu buat, tak perlu buka Parlimen terus pun tidak mengapa.

Ir Ts Lukman Al Hakim
Setiausaha Agung Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker