Penemuan kubur baharu, polis jejak bapa kanak-kanak maut akibat bot pam meletup di Semporna

Penemuan kubur baharu, polis jejak bapa kanak-kanak maut akibat bot pam meletup di Semporna

Polis sedang mengesan seorang lelaki dipercayai bapa kandung kepada seorang kanak-kanak lelaki yang maut dipercayai terbabit dalam kejadian bot pam meletup, di kawasan perairan Pulau Tatagan, Semporna, Sabah, Rabu lalu.

Suspek, dikenali sebagai Astari, 40, seorang lelaki warga Filipina, dikehendaki polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan dan dipercayai melarikan diri.



Ketua Polis Daerah Semporna Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, hasil siasatan lanjut mendedahkan penemuan sebuah kubur baharu, di Tanah Perkuburan Kampung Halo, Semporna, pada hari sama kejadian.

Beliau berkata, berikutan penemuan itu, ia membawa kepada penemuan satu mayat dipercayai mangsa kejadian letupan sebuah bot pam yang berpunca daripada aktiviti menangkap ikan menggunakan bahan letupan dan sedang disiasat polis.

“Sepasukan pegawai dan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah IPD Semporna telah pergi ke lokasi penemuan untuk siasatan lanjut.

“Setelah mendapatkan perintah mahkamah, proses menggali semula kubur telah dijalankan oleh Pasukan Forensik, Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah dan dibantu Pasukan Siasatan BSJD IPD Semporna, Pasukan Gerakan Am dan Pasukan Perubatan Hospital Semporna,” katanya menurut laporan Berita Harian.



Mohd Farhan berkata, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Bilik Mayat Hospital Semporna untuk tujuan bedah siasat bagi mengenalpasti punca kematian.

Katanya, mangsa adalah seorang kanak-kanak lelaki warga asing, berumur lebih kurang 10 tahun berdasarkan keadaan fizikal mayat.

“Polis sedang giat mengesan bapa kandung mangsa dan orang ramai diseru supaya menyalurkan maklumat berkaitan suspek berkenaan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes Inspektor Muhammad Nur Faez Hazreeq Abdullah di talian 0198139851 atau 089782020,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan aktiviti pengeboman ikan adalah satu kesalahan jenayah yang boleh dihukum di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. FMT



Penemuan kubur baharu, polis jejak bapa kanak-kanak maut akibat bot pam meletup di Semporna


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Rupa-rupanya Kamal Adli



Resepi Crab Rangoon Viral Gila

Gerai nasi dagang tak menang tangan lepas viral, 2 jam ‘sold out’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker