Cuba Elak Tabiat Tahan Buang Air Besar… Inilah 6 Punca Kerosakan Usus

Cuba Elak Tabiat Tahan Buang Air Besar… Inilah 6 Punca Kerosakan Usus

USUS adalah salah satu organ penting dalam badan kerana ia berperanan mencerna makanan yang masuk untuk diproses menjadi tenaga dan hormon.

Oleh itu, adalah penting untuk mengekalkan kesihatan usus. Jaga kesihatan usus dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan mengelakkan tabiat yang merosakkan usus.



Tabiat harian tanpa disedari boleh mencetuskan kerosakan dan timbulnya penyakit dalam usus seperti radang usus, cirit-birit, sembelit dan apendisitis.

Berikut merupakan enam punca kerosakan usus pada manusia.

1. Kurang prebiotik

Prebiotik adalah makanan untuk bakteria sihat dalam usus. Prebiotik membantu mengekalkan kesihatan pencernaan dan meningkatkan sistem imun badan.

Kekurangan prebiotik boleh mengganggu keseimbangan bakteria dan merosakkan usus.

Prebiotik banyak terdapat dalam makanan yang mengandungi serat seperti epal, pisang, bawang dan makanan yang ditapai seperti yogurt dan tempe.



2. Penggunaan gula berlebihan

Pengambilan gula yang berlebihan baik daripada makanan mahupun minuman boleh mengganggu keseimbangan bakteria dalam usus dan sistem penghadaman.

Gula yang berlebihan juga meningkatkan keradangan dalam usus lalu mencetuskan beberapa penyakit.

3. Tidak cukup minum

Air membantu usus bekerja dengan lebih mudah mencerna makanan.

Dipetik dari NDTV, apabila anda kurang minum air, usus akan bekerja lebih keras lalu risiko sembelit juga akan meningkat.



4. Menahan pergerakan usus

Jika anda merasakan keinginan untuk pergi ke tandas, lakukan dengan segera dan jangan tahan bagi mengelakkan najis menjadi keras dan meningkatkan risiko buasir.

Dipetik dari Very Well Health, tabiat ini membuatkan badan menahan kotoran lebih lama sehingga berisiko mendapat jangkitan dan keradangan.

5. Kurang tidur

Bukan sahaja makanan, kesihatan usus juga bergantung kepada corak tidur.

Kurang tidur boleh membuatkan usus letih dan meningkatkan keasidan. Keadaan ini tidak baik untuk kesihatan usus.



6. Tidak bersenam

Senaman membantu meningkatkan peredaran darah, merangsang metabolisme, dan melegakan tekanan. Semua kesan senaman ini bagus untuk usus.

Apabila badan tidak bersenam, kesihatan usus juga terjejas lalu merosakkan organ itu.

Cuba Elak Tabiat Tahan Buang Air Besar… Inilah 6 Punca Kerosakan Usus



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Rupa-rupanya Kamal Adli

Resepi Crab Rangoon Viral Gila

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker