Dua askar Israel maut ditembak pasukan sendiri

Dua askar Israel maut ditembak pasukan sendiri

BAITULMUQADDIS – Dua pegawai tentera Israel terbunuh selepas terlibat dalam satu insiden tembakan ketika mereka melakukan rondaan pada waktu malam, lapor agensi berita United Press International (UPI) semalam.

Menurut Angkatan Pertahanan Israel (IDF), kejadian berlaku di Lembah Jordan, Tebing Barat.

Dua pegawai tentera daripada unit elit Egoz itu diarah melakukan rondaan sekitar jam 5 pagi (waktu tempatan) di pangkalan Nabi Mussa, utara Laut Mati.

Mejar Ofek Aharon, 28, dan Mejar Itamar Elharar, 26, ternampak seseorang yang mencurigakan ketika rondaan tetapi dia merupakan pegawai tentera lain.

Mereka menghampiri pegawai berkenaan yang melepaskan tembakan setelah menyangka dia diserang. Kedua-duanya maut dan disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

“Dua pegawai tersebut maut selepas kesilapan pengecaman identiti yang menyebabkan tembakan dilepaskan,’’ jelas IDF dalam satu kenyataan.

Insiden dikatakan berlaku ketika pasukan tentera berjaga-jaga selepas berlakunya kes kecurian peralatan tentera dari pangkalan itu pada malam sebelumnya.

Kedua-dua askar tersebut dikebumikan semalam di tanah perkuburan tentera Gan Yavne dan Kiryat Malachi manakala siasatan sedang dijalankan. K Online

Dua askar Israel maut ditembak pasukan sendiri


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Rupa-rupanya Kamal Adli

Resepi Crab Rangoon Viral Gila

Gerai nasi dagang tak menang tangan lepas viral, 2 jam ‘sold out’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker