Cantik Tapi Beracun! Tersentuh, Termakan Daun Pokok Ini Boleh Sesak Nafas, Lidah Bengkak

Cantik Tapi Beracun! Tersentuh, Termakan Daun Pokok Ini Boleh Sesak Nafas, Lidah Bengkak

HOBI bercucuk tanam kini menjadi hobi kegemaran ramai, terutamanya selepas Perintah Kawalan Pergerakan.

Ada yang suka bertanam sayur-sayuran dan buah-buahan, namun tidak kurang yang meminati pokok hiasan untuk menghijaukan kediaman.

Bagaimanapun ‘seni’ bercucuk tanam bukan sesuatu yang mudah untuk diceburi kerana memerlukan pemahaman dan penjagaan yang teliti.

Korang juga perlu tahu jenis pokok yang ditanam bagi mengelakkan kemudaratan kepada ahli keluarga.

Pokok Pisang Tanah atau ‘Dieffenbachia’ ini misalnya memang cantik jika ditanam sebagai pokok hiasan.

Ia juga dikenali sebagai Pokok Birah. Dalam bahasa Inggeris pula ia dipanggil Dumb Cane kerana batangnya menyerupai tebu.

Tetapi tahukah korang keseluruhan pokok ini mengandungi bahan beracun kristal ‘calsium oxalate’ yang dipanggil ‘raphides’?

Bagi korang yang memiliki anak yang masih kecil, sebaiknya awasi mereka supaya tidak bermain dengan tumbuhan ini kerana ia boleh menyebabkan kesan keracunan yang teruk jika termakan atau disentuh.

Ia juga boleh menyebabkan keradangan pada bahagian mulut, kulit dan mata.

Jika tersentuh basuhlah tangan dengan segera. Jika anak termakan atau tergigit jangan tunggu, segera bawa ke hospital.

Kesan toksik akan menyebabkan kesukaran bernafas atau lidah membengkak sehingga menutup saluran pernafasan.

Terdapat lebih kurang 30 spesies dieffenbachia. Antaranya ialah dieffenbachia amoena, Dieffenbachia candida, Dieffenbachia picta exotica, Dieffenbachia bowmannii Carr, Dieffenbachia picta, Dieffenbachia maculata dan Dieffenbachia sequine. SPlus

Cantik Tapi Beracun! Tersentuh, Termakan Daun Pokok Ini Boleh Sesak Nafas, Lidah Bengkak


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Rupa-rupanya Kamal Adli

Resepi Crab Rangoon Viral Gila

Gerai nasi dagang tak menang tangan lepas viral, 2 jam ‘sold out’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker