Persatuan pegawai syariah tak sependapat isu dakwaan gangguan seksual hakim

Persatuan pegawai syariah tak sependapat isu dakwaan gangguan seksual hakim

Pemimpin persatuan bagi pegawai Jabatan Kehakiman Syariah dilihat tidak sependapat berhubung isu dakwaan gangguan seksual terhadap Ketua Hakim Syarie Mohd Na’im Mokhtar.

Ini selepas kenyataan yang menggunakan nama Presiden Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) Ibrahim Deris awal hari ini mendakwa persatuan berkenaan mahu Na’im direhatkan sementara.

Bagaimanapun, kemudiannya, kenyataan itu disangkal oleh timbalannya yang mendakwa ia bukan pendirian persatuan mereka.

Dalam kenyataan Ibrahim, dia mendakwa ramai ahli PPSM terkejut apabila mengetahui dakwaan yang dilemparkan terhadap Na’im, yang juga Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).

Ibrahim mendakwa ahli mereka juga telah menyatakan hilang keyakinan mereka terhadap Na’im.

“PPSM menyedari ramai ahli yang berasa terkejut apabila mendengar pendedahan isu in kerana jika tuduhan itu benar ia amat bertentangan dengan Adabul Qhadi (Etika Hakim) yang wajib diamal dan dipertahan oleh semua hakim-hakim syarie.

“PPSM menerima maklum balas bahawa ahli-ahli PPSM telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan ketua pengarah JKSM apabila status moral peribadinya menjadi bahan pertikaian di khalayak yang boleh menyebabkan Institusi Kehakiman Syariah dipandang rendah oleh masyarakat,” katanya.

Ibrahim memetik beberapa kenyataan bekas pemimpin Umno Lokman Noor Adam di Facebook baru-baru ini, di mana ahli politik itu mendakwa Na’im bertanggungjawab ke atas insiden gangguan seksual yang melibatkan seorang wanita pada Ogos 2020.

“Bagi mengelakkan hal tersebut terus memburukkan imej Institusi Kehakiman Syariah adalah wajar pihak Jabatan Perdana Menteri (JPM)/ Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengambil tindakan sewajarnya agar beliau direhatkan sementara sehingga siasatan ke atasnya sempurna berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai wam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 .

“Hal ini juga akan memudahkan pihak berkuasa melaksanakan siasatan dan kebenaran akan segera terserlah,” katanya.

‘Kami tidak dibincang’

Bagaimanapun, beberapa jam kemudian, pihak media menerima satu lagi kenyataan media daripada PPSM, kali ini dikeluarkan oleh timbalan presidennya Muhamad Yusro Borhan Nordin yang menjauhkan persatuan itu daripada kenyataan Ibrahim sebelum ini.

Yusro yang mendakwa dia mewakili exco PPSM lain menyatakan mereka tidak dirujuk oleh Ibrahim sebelum mengeluarkan kenyataan pertama.

“Saya Muhamad Yusro Borhan Nordin, timbalan presiden PPSM sesi 2019/2021 bersama exco PPSM dengan ini menafikan kenyataan akhbar bertarikh 14 Jan itu dikeluarkan secara kolektif kerana perkara itu tidak pernah dibincangkan mahupun diputuskan dalam mana-mana medium.

“Kami percaya nama presiden dan PPSM digunakan dalam kenyataan itu,” katanya.

Yusro turut menyatakan persatuan itu bagi pihak semua pegawai syariah di negara ini melahirkan rasa kecewa dengan dakwaan terhadap Na’im, yang menurutnya disensasikan oleh seorang ahli politik baru-baru ini.

Tambahnya, PPSM menyeru agar semua kembali kepada kedaulatan undang-undang dan memberikan kepercayaan penuh kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan itu.

Siasatan gangguan seksual

Dilaporkan sebelum ini bahawa polis sedang menyiasat seorang hakim kanan yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita yang sudah berkahwin pada 2020.

Menurut laporan berita, wanita itu membuat laporan pada Disember tahun lalu mendakwa dia menemui hakim dalam keadaan berbogel di atas katilnya ketika hakim itu melawat rumah wanita itu, di mana dia tinggal bersama suaminya yang terlantar.

Susulan itu, Na’im membuat laporan balas mendakwa wanita itu telah membuat tuduhan palsu, dan baru-baru ini memulakan tindakan undang-undang terhadap Lokman kerana memfitnah.

Na’im juga mendakwa terdapat konspirasi oleh beberapa individu dalam Jabatan Kehakiman Syariah untuk menjatuhkannya dan dia bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka. Mk

Persatuan pegawai syariah tak sependapat isu dakwaan gangguan seksual hakim


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Rupa-rupanya Kamal Adli

Resepi Crab Rangoon Viral Gila

Gerai nasi dagang tak menang tangan lepas viral, 2 jam ‘sold out’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker