Wan Fayhsal kena kecam kedunguan, didakwa ‘tunggang’ kematian Shebby Singh
Wan Fayhsal kena kecam kedunguan, didakwa ‘tunggang’ kematian Shebby Singh
Warganet mengkritik kenyataan Timbalan Menteri Perpaduan Negara Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, yang dikatakan cuba “menunggang” kematian legenda bola sepak negara, Shebby Singh, kerana tidak memakai alat penyukat denyutan jantung.
Shebby atau nama penuhnya Serbegeth Singh meninggal dunia ketika berbasikal di Sunway di Iskandar Puteri, pada 12 Jan akibat serangan jantung.
“Kematian mendiang Shebby Singh adalah sesuatu yang menyedihkan. Buat golongan veteran yang kini ramai mengayuh basikal, panjat Genting Sempah, Peres, Fraser dan Mayor – pakailah penyukat denyutan jantung di dada (chest strap – tidak kelihatan pada jasad Shebby ketika beliau jatuh) dan pantau menggunakan komputer basikal anda itu.” tulis Wan Fayhsal di Instagramnya.
Pengguna Twitter, @nizambakeri, menyelar tindakan Ketua Pemuda Bersatu itu yang disifatkannya sebagai “kedunguan”.
Kesan daripada maklum balas diberikan @nizambakeri, Wan Fayhsal memohon maaf dan memadamkan bahagian dianggap sensitif itu.
Kata Wan Fayhsal dalam ciapan balas di Twitternya,”Tiada sedikit pun perasaan tidak hormat kepada legenda negara kita.”
“Saya ingin sampaikan tentang kesedaran kesihatan warga emas, kerana ini juga merupakan satu isu kritikal yang meluas juga. Namun, ia kurang mendapat perhatian.
“Walaubagaimanapun saya sudah ubah caption. Terima kasih,” kata bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu.
Bagaimanapun, @nizambakeri dalam ciapan balas, berkata,”Oh, dah delete the insensitive part (padam bahagian sensitif). But still, damage is done (Namun, kerosakan sudah berlaku). Internet is forever. Everything is just a screenshot away (Internet selamanya. Semua hanya tangkap layar sahaja).
Perenggan sensitif itu ditangkap layar @nizambakeri daripada Instagram Wan Fayhsal, lalu dimuatnaik ke akaun Twitternya.
Twitter Wan Fayhsal juga sebelum itu mengundang kritikan sama daripada pengguna, @IzzatiTaufek.
“Could have chosen a better time (Boleh pilih masa lebih sesuai) kot ye pun nak bagi “awareness” (kesedaran). Mendiang tak sampai seminggu pergi.”
Pengguna, @RmdhnJava, berkata, “Nak ckp dia pakai penyukat jantung dan ECG ke?”
FMT
Wan Fayhsal kena kecam kedunguan, didakwa ‘tunggang’ kematian Shebby Singh
Baca Artikel Menarik :
- Datuk remaja curi tabung masjid yang suruh lapor kepada polis
- Baby Shark catat 10 bilion tontonan
- Unboxing isteri: Amy mengaku salah tapi…..
- Puteri Balqis didoakan mati cepat
- Khairuddin digugur daripada AJK PAS setelah 2 bulan dilantik
- Annuar tak hadir mesyuarat, tapi beri kenyataan wakili MKT – Shahrir
- Pensyarah dipenjara selepas tukar gred peperiksaan dengan seks
- Biodata Artis Jasmine Suraya Chin. Profail dan Latar Belakang
- Banjir 31 Disember, kenapa Syed Saddiq turun 7 Januari? – Onn
- Abu Syafiq Dakwa Muhyiddin Yassin Tidak Divaksin Ketika Tunaikan Umrah
- Tukang Masak Dedah ‘Rahsia Besar’ Cara Masak Nasi Putih Sedap, Bukan Masak Begitu Saja
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Gerai nasi dagang tak menang tangan lepas viral, 2 jam ‘sold out’
You must be logged in to post a comment.