OKT larikan diri selepas ujian Covid-19, ditahan semula polis

OKT larikan diri selepas ujian Covid-19, ditahan semula polis

Seorang orang kena tahan (OKT) yang cuba melarikan diri selepas menjalani ujian saringan Covid-19 di Klinik Kesihatan Beranang, Semenyih, dekat sini semalam, ditahan semula polis kira-kira 50m dari lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kajang, Mohd Zaid Hassan berkata, dalam kejadian 11 pagi itu, anggota polis bertugas mengiringi 19 OKT dari Balai Polis Kajang ke klinik berkenaan menaiki lori polis.

“Setelah selesai ujian saringan, semua OKT dinaikkan semula ke dalam lori polis…tiba-tiba seorang daripada mereka cuba melarikan diri, namun OKT itu ditahan semula dan dimasukkan ke lokap balai Kajang dengan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau merujuk video tular di TikTok menerusi akaun id@goodymy_official selama 38 saat yang memaparkan seorang OKT berbaju dan berseluar warna ungu terlepas semasa urusan menaikkan OKT ke lori polis.

Katanya, lelaki terbabit merupakan OKT yang ditahan bersabit kes samun dan direman hingga esok.

Zaid berkata, polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 223 dan 224 Kanun Keseksaan kerana melarikan diri daripada tahanan polis. FMT

OKT larikan diri selepas ujian Covid-19, ditahan semula polis


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kasut Nike Nabil Ahmad berharga RM12,000

Hakim berbogel di bilik isteri orang selepas minta izin solat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker