11 sesak nafas, seorang maut dalam kebakaran rumah kedai

11 sesak nafas, seorang maut dalam kebakaran rumah kedai

Seramai 11 individu sesak nafas manakala seorang lagi maut dalam kebakaran di sebuah bangunan di Jalan Datuk Yusoff, Jalan Ipoh di sini petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 5.30 petang.

Komander operasi, Mohd. Hafizan Hassan berkata, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul dibantu oleh BBP Hang Tuah, BBP Sri Hartamas, BBP Titiwangsa, BBP Keramat, BBP Bandar Tun Razak dan BBP Pantai dikerahkan ke lokasi kejadian.

Menurut beliau, kebakaran melibatkan bilik di tingkat satu di rumah kedai empat tingkat itu.

“Kita mendapati bilik itu terbakar 85 peratus. Ketika kejadian, terdapat 12 orang mangsa iaitu dua wanita, dua kanak-kanak dan lapan lelaki termasuk seorang disahkan meninggal dunia.

“Sembilan yang lain dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan menerima rawatan di zon kuning manakala tiga lain enggan dihantar untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, api berjaya dikawal pada pukul 6.01 petang dan kebakaran padan sepenuhnya 50 minit kemudian.

“Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya. Utusan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

11 sesak nafas, seorang maut dalam kebakaran rumah kedai


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kasut Nike Nabil Ahmad berharga RM12,000

Hakim berbogel di bilik isteri orang selepas minta izin solat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker