Padah sewa rumah campur lelaki perempuan, rakan serumah hampir jadi mangsa diromen

Gambar Hiasan

Klang: Seorang juruteknik ditahan selepas mencabul seorang wanita yang juga rakan serumahnya di Taman Gembira dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, suspek lelaki berusia 38 tahun itu ditahan sekitar jam 8 malam di rumah sewa terbabit.

Katanya, kejadian berlaku pada jam 8 pagi semalam ketika mangsa, wanita berusia 25 tahun berada di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan yang mana suspek turut menyewa bilik di rumah itu.

“Mangsa mendakwa suspek yang hanya bertuala dan tidak berbaju itu mendekati dan memeluk mangsa dari bahagian hadapan.

“Mangsa kemudian menolak dan menepis tangan lelaki itu seterusnya bertindak keluar dari biliknya untuk meminta bantuan sebelum membuat laporan polis,” katanya dalam kenyatan hari ini.

Beliau berkata, hasil semakan mendapati, suspek mempunyai satu rekod lampau berkaitan Seksyen 380, Kanun Keseksaan.

Katanya, suspek direman tiga hari dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 354, Kanun Keseksaan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kasut Nike Nabil Ahmad berharga RM12,000

Hakim berbogel di bilik isteri orang selepas minta izin solat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker