Iringan pedati Thaipusam bersyarat, terkawal dibenarkan dengan kelulusan polis

Sebaran :

Kementerian Perpaduan Negara turut menamakan secara langsung beberapa kuil antaranya membabitkan Kuil Sri Subramaniar Swamy di Batu Caves, Selangor, serta Kuil Arulmigu Balathandayuthabani dan Kuil Nagarathar Thandayuthapani di George Town, Pulau Pinang.

PETALING JAYA: Iringan pedati sempena perayaan suci kaum Hindu, Thaipusam, pada 18 Jan, dibenarkan dengan syarat dan pematuhan ketat ke atas perjalanan dan bilangan pengiring, bagi mencegah penularan Covid-19.

Kementerian Perpaduan Negara dalam kenyataan, mengumumkan perjalanan pedati harus mendapat kelulusan polis, dan hanya ahli pengurusan kuil yang berdaftar boleh mengiringi pedati dalam upacara khas itu.

Beberapa kuil dinamakan secara langsung dalam kenyataan petang tadi, berhubung upacara pedati itu nanti.

Bagi Kuil Sri Subramaniar Swamy di Batu Caves, pihak berkuasa menetapkan tidak melebihi 100 pengiring dan tidak melebihi 10 lokasi perhentian.



Manakala bagi Kuil Arulmigu Balathandayuthabani dan Kuil Nagarathar Thandayuthapani di George Town, Pulau Pinang; Kuil Devastanam Paripalana Sabah di Ipoh dan Kuil Sri Subramaniyar Thevasthana Paripalana Sabah di Sungai Siput, Perak; tidak melebihi 100 pengiring dan tidak melebihi tujuh lokasi perhentian.

“Kuil-kuil lain tidak melebihi 50 orang pengiring…dan tidak melebihi lima lokasi perhentian,” menurut kenyataan itu.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kasut Nike Nabil Ahmad berharga RM12,000

Hakim berbogel di bilik isteri orang selepas minta izin solat


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *