Isu Katak Politik: Zainol Padzi kata Bersatu bukan tempat menagih jawatan



IPOH – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak menafikan dakwaan tidak menerima kemasukan ahli ahli Penggerak Komuniti Negara (PKN) ke dalam parti itu termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong.

Setiausaha Bersatu Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, Paul Yong didaftarkan di Bahagian Batu Gajah begitu juga ADUN Buntong, A Sivasubramaniam yang didaftarkan di Bahagian Ipoh Barat.

Menurutnya, Bersatu juga sudah memberikan 500 borang keahlian kepada mereka untuk didaftarkan tetapi hanya sebilangan kecil sahaja dipulangkan.

“Kita tidak ada masalah pun mereka nak sertai parti mana. Itu terpulang kepada mereka. Jika mahukan jawatan selepas jadi ahli, Bersatu bukan tempatnya sebab pemimpin yang ada jawatan, mereka menang ketika pemilihan.

“Setahu saya, kita tak tolak sesiapa nak jadi ahli, malah ADUN Tronoh dan ADUN Buntong, ita sudah terima mereka sebagai ahli bersekutu sebelum ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada Rabu.




Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Setiausaha PKN Perak, Sharifah Hazlina Syed Musa Jamalullail bahawa ramai ahli PKN menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) kerana tidak diterima masuk ke dalam Bersatu.

Dalam laporan pada Rabu, Sharifah Hazlina mendakwa kira-kira 2,000 ahli PKN yang sudah menyerahkan borang keahlian menyertai Bersatu masih belum diterima masuk ke dalam parti itu termasuk Paul Yong.

Paul Yong dan Sivasubramaniam bersama ADUN Malim Nawar, Leong Cheok Kiong sah menyertai parti PBM yang baharu dilancarkan pada 21 Disember lalu.

Isu Katak Politik: Zainol Padzi kata Bersatu bukan tempat menagih jawatan

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda





Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kasut Nike Nabil Ahmad berharga RM12,000

Hakim berbogel di bilik isteri orang selepas minta izin solat



Leave a Reply

Your email address will not be published.