‘The Masked Singer Malaysia’ Bakal Kembali lagi…Siapakah 14 Selebriti di Sebalik Topeng?

‘The Masked Singer Malaysia’ Bakal Kembali lagi…Siapakah 14 Selebriti di Sebalik Topeng?

KEMBALI untuk musim kedua, program realiti The Masked Singer Malaysia (TMSM) menampilkan 14 orang selebriti tanah air berentap mempertaruhkan bakat nyanyian mereka.

Pengurus Saluran Astro Warna, Norzeha Mohd Salleh, seperti musim sebelum ini, identiti mereka akan menjadi misteri sepanjang program ditayangkan sehinggalah nama salah seorang daripada mereka diumum tersingkir.

Kesemua selebriti ini hadir dari pelbagai latar belakang seni seperti penyanyi, pelakon, pelawak, personaliti televisyen termasuk atlet sukan.

“Kami cuba mengambil penglibatan selebriti dari semua bidang dalam industri.

“Setiap peserta ada strategi sendiri. Tak boleh nak serlahkan vokal sebenar,” jelasnya.

Sementara itu, salah seorang juri, Datuk Aznil Nawawi berkata, kali ini akan jadi lebih mencabar untuk mencari siapa pemilik suara di sebalik topeng.

Bagi musim ini, terdapat 14 kostum unik yang akan dipakai oleh barisan peserta, iaitu Bujang Senang, Nanas, Mat Penyu,
Seladang, Teh Tarik Kaw, Harum Manis, Periuk Kera, Aiskrim Roti, Rambutan, Ratu Semut, Orkid, Si Merak, Burung Hantu dan Pepatung.

Program ini mengekalkan format asal rancangan dari Korea Selatan iaitu The King Of Mask Singer.

Ia turut diadaptasi di beberapa negara lain iaitu Thailand, Indonesia, China dan Amerika Syarikat.

Selain Aznil, lapan lagi juri lain iaitu Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Amy Mastura, Ramona Zam Zam, dan Angah Raja Lawak.

Sementara itu, Datuk AC Mizal bertindak sebagai hos program berkenaan.

Untuk rekod, juara TMSM musim pertama dimenangi oleh penyanyi Aina Abdul yang memakai kostum Bunga Raya, manakala Tuju K-Clique di sebalik kostum Orang Utan menduduki tempat kedua.

TMSM akan bersiaran setiap Jumaat pukul 9 malam bermula 28 Januari di saluran Astro Warna HD, selain itu ia boleh distrim secara eksklusif di aplikasi Astro GO dan On Demand.-mSTAR

‘The Masked Singer Malaysia’ Bakal Kembali lagi…Siapakah 14 Selebriti di Sebalik Topeng?

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kasut Nike Nabil Ahmad berharga RM12,000

Hakim berbogel di bilik isteri orang selepas minta izin solat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker