Kerana RM50, Kris Dayanti didenda RM80

Kerana RM50, Kris Dayanti didenda RM80

Kuala Kangsar: Wanita Indonesia didenda sebanyak RM80 oleh Mahkamah Majistret Kuala Kangsar di sini, hari ini atas kesalahan gagal memberikan keterangan munasabah berhubung pemilikan wang berjumlah RM50 di dalam akaun bank miliknya pada Julai tahun lalu.

Tertuduh, Kris Dayanti, 22, dijatuhi hukuman itu oleh Majistret Mohd Shazmeer Zamhari, selepas wanita yang juga pekerja kilang mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955.

Berdasarkan pertuduhan, wanita itu didakwa gagal memberikan keterangan yang memuaskan berhubung pemilikan wang RM50 di dalam akaun miliknya di Maybank Kuala Kangsar pada 4.15 petang, 27 Julai 2021.

Kesalahan itu memperuntuk hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Syuhada Muhammad Lutfi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sebelumnya, tertuduh memohon agar dikenakan hukuman ringan atas alasan sudah beberapa kali disiasat bagi kes sama yang bersangkut dengan penggunaan akaun bank miliknya.

“Saya datang ke Malaysia nak kerja baik-baik untuk menampung keluarga. Jadi, saya mohon hukuman serendah-rendahnya kerana banyak laporan ditujukan kepada saya atas kesalahan-kesalahan yang sama (sebelum ini),” kata tertuduh di hadapan Majistret.

Berdasarkan fakta kes, polis menerima laporan daripada seorang remaja lelaki berusia 16 tahun mengaku membuat pemindahan wang RM50 ke satu akaun Maybank.

Pemindahan wang itu dibuat selepas menerima ugutan daripada seorang wanita yang dikenali mangsa melalui aplikasi MiChat yang meminta wang sebagai balasan untuk tidak menyebarkan video bogel mangsa. HM

Kerana RM50, Kris Dayanti didenda RM80


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Suspek sah ditahan, mengaku terima arahan Mossad

Bongkah Batu Tiba-Tiba Runtuh Timpa Bot Pelancong Sebabkan 7 Terbunuh [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker