Kerajaan serius tangani isu kepupusan Harimau Malaya – Ismail

Sebaran :

Kerajaan serius tangani isu kepupusan Harimau Malaya – Ismail

KERAJAAN serius menangani isu populasi Harimau Malaya atau nama saintifiknya Panthera Tigris Jacksoni di hutan negara yang kini direkodkan kurang daripada 150 ekor.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berkata, jika tindakan segera tidak dilakukan, Malaysia berhadapan dengan risiko kepupusan Harimau Malaya yang menjadi simbol Jata Negara, lambang negeri-negeri serta pelbagai kementerian, jabatan dan agensi.

“Antara lain, ia disebabkan kehilangan habitat dan sumber makanan akibat perubahan guna tanah, pemburuan serta perdagangan haram selain penularan virus canine distemper.



“Lebih membimbangkan, spesies ikonik negara akan hilang buat selamalamanya,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat MyTTF di Putrajaya yang dihadiri Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari serta Ahli-Ahli Majlis Kerajaan Negeri mewakili Menteri Besar Kelantan, Terengganu, Johor, Kedah dan Perak.

Di peringkat Persekutuan, ia dihadiri Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz serta wakil kementerian, jabatan dan agensi berkaitan.

Sehubungan dengan itu, Perdana Menteri berkata, enam pendekatan strategik telah dipersetujui dalam Mesyuarat Pertama Pasukan Petugas Kebangsaan Bagi Konservasi Harimau Malaya atau National Tiger Conservation Task Force (MyTTF) bagi konservasi Harimau Malaya.



“Ia terdiri, rondaan penguatkuasaan dan pengawalan (boots on the ground) melibatkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta komuniti Orang Asli.

“Sementara itu, pengekalan dan pengukuhan habitat melalui pengurusan guna tanah yang mampan dan menghentikan sebarang kegiatan pencerobohan serta aktiviti pemburuan haram dan meningkatkan kawasan berhutan sedia ada di Semenanjung Malaysia daripada 43.41 peratus kepada 50 peratus menjelang tahun 2040 selaras dengan Rancangan Fizikal Negara Keempat.

“Pendekatan selebihnya adalah dengan memperkasa urus tadbir berkesan melalui penubuhan Unit Konservasi Harimau Malaya di bawah PERHILITAN, Biro Jenayah Hidupan Liar di bawah PDRM, dan pengukuhan Makmal Forensik Hidupan Liar Kebangsaan sebagai centre of excellence bagi konservasi ex-situ Harimau Malaya.

“Lain-lain, memperkasakan instrumen kewangan inovatif sebagai tambahan kepada insentif kewangan Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation yang sedia ada dan pelaksanaan skim akreditasi habitat Harimau Malaya di samping Kempen Selamatkan Harimau Malaya bagi meningkatkan kesedaran dan penglibatan rakan strategik,”katanya.



Jelas beliau, penubuhan MyTTF merupakan kesepakatan dan komitmen tinggi Kerajaan Persekutuan dan negeri dalam menangani krisis populasi Harimau Malaya.

“Ia menjadi platform rundingan bagi dasar, perundangan dan strategi negara untuk konservasi Harimau Malaya dan habitatnya.

Beliau berkata, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] telah dipinda dan diluluskan oleh Parlimen pada 21 Disember 2021 untuk meningkatkan keberkesanan perundangan konservasi hidupan liar termasuk Harimau Malaya.

“Melalui pindaan tersebut, denda maksimum telah ditingkatkan daripada RM500,000 kepada RM1 juta dan hukuman penjara maksimum daripada 10 tahun kepada 15 tahun supaya dapat mencegah dan memberikan pengajaran sewajarnya kepada pelaku jenayah hidupan liar.

Selain itu, katanya, terdapat peruntukan baharu bagi membolehkan tindakan diambil terhadap individu yang mengiklankan penjualan hidupan liar dalam talian (online). E9

Kerajaan serius tangani isu kepupusan Harimau Malaya – Ismail


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Suspek sah ditahan, mengaku terima arahan Mossad

Bongkah Batu Tiba-Tiba Runtuh Timpa Bot Pelancong Sebabkan 7 Terbunuh [VIDEO]


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published.