Paraglider cedera, jatuh di pekarangan masjid

Paraglider cedera, jatuh di pekarangan masjid

Baling: Pearaglider cedera selepas terjatuh di pekarangan Masjid Kampung Padang Kulim, Kuala Ketil dekat sini, semalam.

Dalam kejadian pada 1.30 tengah haru itu, mangsa dipercayai melakukan aktiviti itu di Pengkalan Hulu sebelum ditemui penduduk terjatuh di pekarangan masjid itu.



Ketua Polis Daerah Baling Suprintendan Shamsudin Mamat berkata, mangsa berusia 34 tahun dari Banting, Selangor itu dipercayai melakukan luncur udara bersama beberapa rakannya.

Beliau berkata, mangsa dipercayai tidak dapat mengawal paraglider kerana keadaan angin kuat di udara menyebabkan dia terjatuh.

“Anggota yang bertugas di Balai Polis Kuala Ketil menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan ada mangsa terjatuh.

“Polis menghubungi pihak Kinik Kesihatan Kuala Ketil untuk mendapatkan ambulans dan mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk mendapatkan rawatan lanjut serta dilaporkan stabil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. HM



Paraglider cedera, jatuh di pekarangan masjid


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Suspek sah ditahan, mengaku terima arahan Mossad



Bongkah Batu Tiba-Tiba Runtuh Timpa Bot Pelancong Sebabkan 7 Terbunuh [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker