Shahir kerugian RM12 juta dalam perniagaan

Shahir kerugian RM12 juta dalam perniagaan

Juara program realiti, Hijrahkan Laguku, Shahir Zawawi mendedahkan pernah menjadi mangsa penipuan dalam perniagaan hingga kerugian RM12 juta.

Shahir yang juga bekas juara musim kelapan program realiti, Akademi Fantasia (AF8) mendakwa kejadian pada Oktober 2020 membabitkan syarikat pembekal sarung tangan.

“Ketika musim pandemik, saya bersama seorang rakan kongsi menjalankan perniagaan membekal peralatan ke hospital. Apa yang berlaku, barang yang dipesan iaitu sarung tangan tidak dihantar.

“Sebaliknya, sampai di pelabuhan, kami hanya terima 400,000 kotak kosong. Saya anggarkan kerugian sebanyak RM12 juta,” katanya kepada BH Online.

Shahir yang popular dengan lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu berkata, pihaknya sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

“Kita sudah kenal pasti ‘scammer’ terbabit dan tindakan mahkamah sudah dikenakan ke atas mereka.

“Sebelum ini, kami pernah menjalankan perniagaan sama tetapi tiada apa yang berlaku. Mungkin disebabkan jumlah tempahan lebih kecil.

“Apabila jumlah pesanan makin banyak dan sarung tangan adalah peralatan mustahak terutama dalam musim pandemik COVID-19, jadi ada pihak yang ambil kesempatan .

“Apabila perkara ini berlaku, kadang-kadang saya rasa putus asa,” luahnya.

Malam tadi, penyanyi yang berasal dari Kampar, Perak ini diumumkan juara pertama program realiti Hijrahkan Laguku yang disiarkan secara langsung dari Studio TV AlHijrah, di sini.

Kemenangan Shahir yang membawa dua lagu iaitu Madahku secara solo dan Perjalanan Jiwa yang didendangkan bersama Datuk Nash, membolehkan bekas juara Akademi Fantasia (AF) ini membawa pulang wang bernilai RM100,000. BH

Shahir kerugian RM12 juta dalam perniagaan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Suspek sah ditahan, mengaku terima arahan Mossad

Bongkah Batu Tiba-Tiba Runtuh Timpa Bot Pelancong Sebabkan 7 Terbunuh [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker