Presiden Kazakhstan arah tembak mati tanpa amaran
Presiden Kazakhstan arah tembak mati tanpa amaran
Almaty: Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev pada Jumaat menolak pelawaan untuk mengadakan rundingan dengan penunjuk perasaan susulan insiden pergolakan, malah berikrar menghapuskan penyerang bersenjata dengan memberi kuasa kepada pasukannya untuk menembak mati tanpa amaran.
Dalam ucapan bernada keras, Tokayev turut menzahirkan terima kasih khas kepada Presiden Rusia Vladimir Putin selepas pakatan tentera yang diketuai Moscow menghantar tentera ke Kazakhstan untuk membantu meredakan pergolakan.
Menurut salah seorang wartawan AFP, pasukan keselamatan sudah menyekat kawasan strategik Almaty, bandar terbesar di negara itu dan pusat keganasan, baru-baru ini, selain dan melepaskan tembakan ke udara jika ada sesiapa yang menghampiri.
Di tempat lain bandar itu diibaratkan seperti bandar berhantu dengan bank, pasar raya dan restoran ditutup.
Beberapa kedai kecil yang masih dibuka hampir kehabisan makanan.
Tokayev berkata, kebanyakan kerosakan di seluruh negara sudah dipulihkan selepas protes minggu ini dan harga bahan api meningkat kesan insiden keganasan yang meluas.
“Pengganas terus merosakkan harta benda… dan menggunakan senjata terhadap orang awam. Saya sudah memberi arahan kepada pihak berkuasa untuk menembak mati tanpa amaran,” kata Tokayev dalam ucapan ketiganya di televisyen minggu ini.
Tokayev turut menyifatkan desakan daripada negara luar untuk rundingan sebagai mengarut.
“Kami berhadapan dengan penyerang bersenjata dan terlatih, baik tempatan mahupun asing. Mereka mesti dihapuskan. Ini akan dilakukan tidak lama lagi,” katanya. HM
Presiden Kazakhstan arah tembak mati tanpa amaran
Baca Artikel Menarik :
- Di Mana-Mana Babi Hutan
- Obor-obor Portuguese Man o’War Masih Beracun Walaupun Sudah Mati
- Ditukar portfolio, ulama PAS kata beliau masuk ‘freezer’
- Nabila Huda dah patut mati lama dahulu
- Varian Deltacron varian baharu Covid-19 ditemui
- Thailand Ke-11 Antara 25 Tempat ‘Terbaik Untuk Bersara’ Di Asia, Malaysia Ditangga Ke-15
- Gempar! Harimau Belang Muncul Belakang Rumah
- Aksi Zul Ariffin mendukung tak disenangi ramai
- Nad Zainal dikecam tak cukup kain oleh netizen
- Pengurus pasar raya dikompaun kerana pengunjung berebut produk promosi
- Roti Canai, Nasi Kandar Naik Harga – PRESMA
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Bongkah Batu Tiba-Tiba Runtuh Timpa Bot Pelancong Sebabkan 7 Terbunuh [VIDEO]