Polis Buru Wanita Goda Budak Umur 8 Tahun Untuk Lakukan Seks

Polis Buru Wanita Goda Budak Umur 8 Tahun Untuk Lakukan Seks

POLIS kini sedang memburu seorang wanita yang cuba memperdaya seorang kanak-kanak lelaki untuk melakukan hubungan seks.

Menurut polis, wanita itu mendekati mangsa yang berusia 8 tahun ketika berada stesen kereta api Waterloo, London, pada 22 Disember lalu.



Difahamkan, ibu kepada kanak-kanak tersebut terdengar apa yang diucapkan wanita berkenaan sebelum menegur tindakannya.

Wanita yang memakai jaket kuning itu kemudiannya berlalu pergi selepas ditegur oleh ibu kanak-kanak berkenaan.

Pihak berkuasa turut berkongsi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi memburu wanita berkenaan.



“Pegawai kami sedang menyiasat tindakan seorang wanita yang membuat komen lucah terhadap seorang kanak-kanak.

“Ketika jam 8 malam pada 22 Disember 2021, dia mendekati kanak-kanak itu yang sedang duduk di bangku dengan keluarganya.

“Wanita itu kemudiannya cuba memperdaya mangsa untuk melarikan dia daripada keluarganya dan turut berkata-kata lucah terhadapnya.



“Ibu mangsa terdengar perbualan itu dan terus berhadapan dengan suspek sebelum dia berlalu pergi,” jelas jurucakap Polis Pengangkutan British.

Tambah jurucakap itu, sesiapa yang mengenali suspek atau mempunyai sebarang maklumat diminta tampil membantu siasatan. – The Sun UK

Polis Buru Wanita Goda Budak Umur 8 Tahun Untuk Lakukan Seks

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU,NET




Suspek sah ditahan, mengaku terima arahan Mossad

Bongkah Batu Tiba-Tiba Runtuh Timpa Bot Pelancong Sebabkan 7 Terbunuh [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker