Pengikut ajaran ‘flat Earth’ percaya Bumi berlubang seperti donut

Pengikut ajaran ‘flat Earth’ percaya Bumi berlubang seperti donut

LONDON – Sebilangan pengamal ideologi ‘Bumi mendatar’ percaya bahawa planet ini berbentuk seperti donut yang mempunyai sebuah lubang besar pada bahagian tengahnya, lapor akhbar Daily Star semalam.

Menurut ‘Teori Bumi Donut’ yang dipercayai mereka, Bumi ini berbentuk seperti cincin atau ‘torus’ bagi terma yang kedengaran ‘agak saintifik’.



Teori tersebut mula dikeluarkan oleh seorang pengamal ideologi itu, Dr. Rosenpenis dalam sebuah forum pada 2008, dan ia asalnya dikeluarkan sebagai satu bentuk gurauan.

“Saya menggunakan perisian akademik astrofizikal profesional bagi membina sebuah model Bumi berbentuk donut dengan ruang angkasa yang ‘enak’ dan Bumi yang disaluti dengan ‘gula’,” katanya.

Gurauan itu bagaimanapun berkembang menjadi satu idea yang dipercayai dengan sebilangan pengikut mendakwa bahawa manusia tidak dapat melihat lubang pada bahagian tengah Bumi disebabkan cara cahaya membengkok.

Sementara itu, seorang lagi pengamal ideologi tersebut yang dikenali sebagai Varaug berkata, dia percaya bahawa Bumi berbentuk seperti donut, namun disebabkan cahaya berada dalam bentuk melengkung, keadaan itu sukar dijelaskan. K Online



Pengikut ajaran ‘flat Earth’ percaya Bumi berlubang seperti donut


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Suspek sah ditahan, mengaku terima arahan Mossad



Bongkah Batu Tiba-Tiba Runtuh Timpa Bot Pelancong Sebabkan 7 Terbunuh [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker