Anak pukul, bakar bapa sebab suruh masak

Anak pukul, bakar bapa sebab suruh masak

Seorang bapa yang keletihan selepas pulang dari kebun telah dibunuh oleh anak lelakinya hanya kerana diminta untuk menyediakan makanan.

Menurut Ketua Perhubungan Awam Polis Nias Utara, Iptu Yadsen Firman Hulu berkata, kejadian di Sumatera Utara, Indonesia itu berlaku kerana suspek membantah dan memarahi bapanya yang berulang kali meminta dia untuk memasak.



Suspek yang berang dan dengan tidak berfikir panjang terus mengambil sebatang kayu lalu memukul bapanya yang berusia 57 tahun itu sehingga rebah.

Lebih kejam lagi, suspek mengambil beberapa batang kayu dan menyusun di atas dada mangsa yang sudah tidak berdaya kemudian menyiram minyak tanah sebelum membakar bapa kandungnya itu hidup-hidup.

Tidak lama selepas itu suspek berusia 30 tahun itu tiba-tiba berlari ke belakang rumah lalu menyiram api yang sedang membakar bapanya. Namun, dia melarikan diri sejurus mengetahui bapanya sudah meninggal dunia.

Bagaimanapun, pihak polis berjaya memberkas suspek yang masih berada di sekitar tempat kejadian dan dia ditahan untuk menjalani proses hukuman. Polis juga turut menyiasat dakwaan suspek sedang mengalami masalah mental. Manakala mayat mangsa telah dibawa ke hospital untuk dibedah siasat.
Sumber: Kompas.com



Anak pukul, bakar bapa sebab suruh masak

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kaya Gila Suami Nynaa Harizal (Video)



Farid pujuk, Diana reject

Penyondol itu bukan bff saya – Shila Amzah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker