Doktor klinik swasta diberkas dipercayai jual sijil vaksin Covid-19 palsu

Doktor klinik swasta diberkas dipercayai jual sijil vaksin Covid-19 palsu

Satu kegiatan penjualan sijil vaksinasi Covid-19 yang dipercayai palsu terbongkar apabila polis Terengganu menahan seorang doktor lelaki berusia 51 tahun di klinik swasta di Marang, pada 7 malam kelmarin.

Ketua Polis Terengganu, Rohaimi Md Isa berkata, kira-kira 1,900 sijil vaksin dirampas dalam satu serbuan yang dibuat sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri.

“Setakat ini, terdapat kira-kira 1,900 individu yang terbabit mendapatkan sijil ini dan kita sedang menyiasat sama ada semuanya tulen atau sebaliknya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, menurut laporan Harian Metro.

Rohaimi berkata, serbuan dibuat hasil maklumat diterima mengenai penipuan pengeluaran sijil vaksin kepada golongan yang enggan menerima vaksin.

Suspek dipercayai berurusan dalam talian sejak September lalu dengan setiap suntikan dikenakan bayaran antara RM400 hingga RM600, katanya. FMT

Doktor klinik swasta diberkas dipercayai jual sijil vaksin Covid-19 palsu


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Suspek sah ditahan, mengaku terima arahan Mossad

Bongkah Batu Tiba-Tiba Runtuh Timpa Bot Pelancong Sebabkan 7 Terbunuh [VIDEO]

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker