Pelik, PH tak gesa dedah individu disogok dalam penyelesaian RM16 bilion Goldman – Najib

Sebaran :

Pelik, PH tak gesa dedah individu disogok dalam penyelesaian RM16 bilion Goldman – Najib

Najib Razak membangkitkan persoalan berhubung penyelesaian RM16.6 bilion Goldman Sachs Group Inc (Goldman) dengan Putrajaya mengenai skandal 1MDB.

Beliau dalam catatan Facebook berkata, Goldman bersetuju dengan penyelesaian itu selepas mengakui pegawainya menyogok beberapa pegawai kerajaan Malaysia dan 1MDB tidak dinamakan.

Tetapi, katanya, tiada orang daripada Pakatan Harapan atau kem Dr Mahathir Mohamad tampil menggesa tindakan atau menuntut untuk mengetahui identiti pegawai kerajaan dan 1MDB yang Goldman akui disogok.



Katanya, mereka turut membisu berhubung pendedahan sekurang-kurangnya RM65 juta dana berkaitan 1MDB yang diperolehi semula dari Singapura di tangan sebuah syarikat milik keluarga bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Zeti Akhtar Aziz.

“Kes bekas menteri Kabinet terlibat dalam kes SRC menerima RM85 juta dana berkait 1MDB untuk disorok di akaun bank proksi luar negara, mereka membisu lagi.

“Dan kes beberapa pegawai kerajaan dan 1MDB disogok sehingga Goldman Sachs perlu membayar RM16.6 bilion, mereka juga buat bodoh, tak mahu ambil tahu dan tak tuntut kerajaan untuk telus dan dedahkan nama individu-individu yang disogok.

“Pelik, kan? Bagaimana dengan saudara-saudari, kamu ingin tahu tak?” soalnya kepada pengikut Facebooknya.



Najib berkata, pasukan pembelaan Goldman di Amerika Syarikat sebelum ini berkata, mereka mempunyai bukti “exculpatory” yang boleh membersihkan namanya di mahkamah, walaupun usaha untuk mendapatkan maklumat itu dihalang kerajaan AS.

“Kerajaan Malaysia pula tidak mahu mendedahkan maklumat tersebut sebab mereka telah rahsiakan perjanjian penyelesaian Goldman Sachs dan klasifikasikannya sebagai OSA.” FMT

Pelik, PH tak gesa dedah individu disogok dalam penyelesaian RM16 bilion Goldman – Najib

Pelik, PH tak gesa dedah individu disogok dalam penyelesaian RM16 bilion Goldman – Najib




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Suspek sah ditahan, mengaku terima arahan Mossad

Bongkah Batu Tiba-Tiba Runtuh Timpa Bot Pelancong Sebabkan 7 Terbunuh [VIDEO]


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *