Sorok rokok seludup di garaj, dua lelaki kantoi

DUA suspek yang ditahan selepas polis menemukan sejumlah rokok seludup yang disorokkan di garaj sebuah rumah di Kampung Baru, Bayu Damai, Pengerang, Johor.

KOTA TINGGI: Tindakan dua lelaki menyorokkan rokok seludup di garaj sebuah rumah di Kampung Baru, Bayu Damai, Pengerang, di sini terbongkar selepas berjaya dikesan polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, hasil pemeriksaan dilakukan sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi berjaya menemui 807 karton rokok seludup jenama Lengue Ice.

Susulan itu menurut beliau, polis menahan kedua-dua suspek berusia dalam lingkungan 35 sehingga 37 tahun.

“Hasil pemeriksaan, polis merampas 16 kotak besar mengandungi 807 karton rokok seludup yang dianggarkan bernilai RM80,000 disorokkan di dalam kawasan garaj rumah tersebut,” katanya.

Hussin berkata, permohonan reman ke atas mereka akan dipohon di Mahkamah Majistret Kota Tinggi, hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 116c Akta Kastam 1967.

Sementara itu, beliau turut memberi amaran keras dan akan mengambil tindakan drastik kepada penyeludup serta mereka yang bersekongkol dengan aktiviti tersebut.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) akta sama yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang 10 ganda nilai rampasan atau RM100,000 yang mana lebih tinggi atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Sorok rokok seludup di garaj, dua lelaki kantoi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?

Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker