Nelayan temui barangan Apple di laut

Nelayan temui barangan Apple di laut

Setiap nelayan yang turun laut pasti mengharapkan hasil tangkapan lumayan untuk dijual bagi menampung kehidupan dan keperluan seharian mereka sekeluarga.

Pada hujung tahun, tambahan pula musim tengkujuh, nasib para nelayan kurang begitu baik kerana tidak boleh turun ke laut ekoran air laut yang bergelora jadi menyukarkan mereka untuk membuat tangkapan dan pastinya sumber pendapatan akan terjejas.

Di Malaysia, para nelayan akan mengalami kegusaran khususnya pada hujung tahun disebabkan musim tengkujuh, namun di negara seberang, lain pula yang terjadi apabila telah tular seorang nelayan mendapat hasil tangkapan yang lumayan.

Nelayan di negara Indonesia itu, telah menemui beberapa kotak yang mengandungi produk Apple terkenal dengan harga lumayan di laut.

Insiden tersebut dirakam dan dikongsikan dari salah satu akaun TikTok. Sebaik sahaja dimuat naik, video tersebut mendapat perhatian warganet sehingga mendapat jumlah tontonan sebanyak 1.5 juta.

Menerusi video tersebut, nelayan dikatakan sedang memancing di perairan Bangka Belitung. Bot nelayan tu dipenuhi banyak kotak yang diisi dengan barangan elektronik.

Memetik daripada laporan Berita Hits, nelayan itu menemui kotak-kotak terapung di lautan. Dia segera mengambil kotak-kotak tersebut itu ke dalam botnya.

Alangkah terkejutnya apabila dia menemui sebuah kotak kadbod yang mengandungi berpuluh-puluh produk peranti eloktronik jenama IPhone Apple.

Apa yang memeranjatkan nelayan berkenaan, kotak lain juga mengandungi produk Apple yang tidak kurang harganya. Nelayan itu melihat terdapat sejumlah IPad dan komputer riba MacBook di dalam kotak tersebut.

Semua barangan elektronik itu segera dibawa ke rumahnya dan kemudian mula mengeluarkan semua isi dalam kotak tersebut bersama keluarganya.

Berdasarkan laporan Berita Hits, salah seorang ahli keluarganya menjelaskan harga satu telefon bimbit itu jika dijual sekitar Rp 13 juta (RM 3829.72). Harga bagi iPad dan MacBook pula dianggarkan mendapat puluhan juta rupiah jika dijual barangan tersebut.

Situasi ini benar-benar mengejutkan semua warganet. Lebih-lebih lagi, nelayan tersebut turun ke laut dengan niat untuk mencari ikan dan dijual ke pasar. Namun, bukan ikan yang ditangkap, malah barangan elektronik mahal yang berjaya ditangkapnya pada hari itu. Wn

Nelayan temui barangan Apple di laut


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?

Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker