Covid-19: 11 kematian baru, terendah sejak April 2021

Kementerian Kesihatan melaporkan sejumlah 11 kematian baru akibat Covid-19 semalam (8 Jan), menjadikan jumlah kematian terkumpul meningkat kepada 31,655 orang.

Ini adalah jumlah kematian terendah yang dilaporkan dalam tempoh 258 hari sejak 25 April 2021.

Daripada jumlah kematian baru dilaporkan semalam, 2 orang meninggal dunia sebelum mendapat rawatan di hospital.



Malaysia mencatatkan jumlah kematian per kapita tertinggi di rantau Asean dan Asia Timur dengan 959 kematian bagi setiap 1 juta penduduk, dan keempat terburuk di Asia selepas Iran, Lubnan dan Jordan.

Selangor mencatatkan jumlah kematian baru tertinggi iaitu sebanyak 6 kes atau 54.5 peratus daripada kematian baru yang dilaporkan diikuti Kelantan (1), Perak (1), Sabah (1), Sarawak (1) dan Terengganu (1).

Tiada kematian baru dilaporkan di Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Kesemua 11 kematian yang dilaporkan berlaku dalam tempoh tujuh hari lalu.



Purata 29 kematian Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam tempoh 30 hari lalu berbanding purata sebanyak 20 kematian dalam tempoh tujuh hari, yang menunjukkan trend penurunan.

Setakat semalam, sebanyak 39,776 kes aktif Covid-19 dilaporkan. Ini adalah pengurangan sebanyak 3.1 peratus daripada 41,034 jangkitan aktif seminggu lalu.

Berbanding 30 hari lalu, jumlah kes aktif telah menurun sebanyak 34.6 peratus daripada 60,858 kes.

Kementerian Kesihatan tengah malam tadi mengeluarkan butiran lanjut mengenai kes baru Covid-19.



Daripada 3,251 kes baru semalam, sebanyak 103 daripadanya dikesan daripada kluster Covid-19 sedia ada.

Sebanyak 77 (74.8 peratus) adalah daripada kluster tempat kerja manakala 10 (9.7 peratus) adalah daripada penularan komuniti.

Kes selebihnya dikesan daripada kluster berkaitan institusi pendidikan (10 – 9.7 peratus) dan kluster import (6 – 5.8 peratus).

Covid-19: 11 kematian baru, terendah sejak April 2021




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?



Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker