‘Yang terpukul ialah Umno’, Khaled luah dilema dihadapi parti

PETALING JAYA: Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dilihat tidak mempunyai banyak pilihan dalam kalangan Ahli Parlimen sedia ada untuk membuat rombakan menggantikan Jemaah Menterinya yang gagal, kata Mohamed Khaled Nordin.

Naib Presiden Umno itu berkata, siapa yang hendak dibuang Ismail dan siapa yang akan menggantikan kekosongan itu bergantung kepada sokongan parti masing-masing, jika silap percaturan Perdana Menteri bakal hilang sokongan.

“Umno berada dalam kedudukan yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Perdana Menteri dari Umno tetapi Umno tidak menguasai kerajaan.

“Umum pun tahu, beliau mewarisi Jemaah Menteri dari Kerajaan PN (Perikatan Nasional) yang tumbang itu. Hampir semua penyumbang kerajaan PN yang gagal itu terus berada dalam kerajaan Ismail Sabri,” katanya di Facebook.

Khaled berkata, menyalahkan Perdana Menteri kerana kelemahan ketara kerajaan sekarang adalah suatu yang mudah, namun beliau mengingatkan jika orang lain berada dalam kedudukan Ismail, mereka juga akan sukar melakukan apa yang sepatutnya dilakukan.

Beliau berkata, Perdana Menteri tahu keyakinan rakyat terhadap kerajaan pimpinannya kini semakin menurun dengan drastik, namun kedudukan Ismail sangat bergantung kepada parti kecil dalam kerajaan sekarang yang sangat menyukarkannya.

“Yang terpukul ialah Umno kerana setiap kelemahan kerajaan, Umno yang akan menerima bukan sekadar tempias, tetapi ‘the hurricane of people’s anger’.

“Namun, Umno juga tidak boleh membiarkan Perdana Menteri keseorangan. Beliau adalah wakil Umno dan beliau sepatutnya menjadi suara Umno. Kalau beliau gagal, Umno yang dituduh gagal. PM pasti mengerti ini,” katanya.

Katanya, Umno sedang bekerja keras untuk mencari strategi keluar daripada kemelut itu, namun buat masa ini dilema Umno akan berterusan.

‘Yang terpukul ialah Umno’, Khaled luah dilema dihadapi parti


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker