Anak Malaysia MasterChef Ping pemenang MasterChef UK Champion of The Champions [VIDEO]

Anak Malaysia MasterChef Ping pemenang MasterChef UK Champion of The Champions [VIDEO]

ANAK kelahiran Ipoh, Perak yang kini menetap di Bath, England, Ping Coombes melakar sejarah peribadi apabila dipilih pemenang program MasterChef UK Champion of The Champions, hujung minggu lalu.

Pada 2014, Ping memenangi MasterChef, menerusi menu masakannya yang berinspirasikan Malaysia.

Dia kembali untuk program yang diadakan sempena sambutan tahun baharu itu dan bersaing dengan beberapa bekas juara termasuk juara 2011 Tim Anderson, Saliha Mahmood Ahmed (2017), Kenny Tutt (2018) dan Irini Tzortzoglou (2019).
Ping menyifatkan kejayaan itu sebagai impian yang menjadi realiti.

“Kembali ke dapur MasterChef mengembalikan begitu banyak kenangan indah dan ia membuatkan saya berasa gembira.

“Saya meletakkan diri saya di sana sekali lagi, terbuka kepada kritikan jadi apabila menerima pujian, saya rasa sangat gembira,” katanya.

Salah satu cabaran malam itu menyaksikan Ping memilih menyediakan masakan terkenal Malaysia iaitu nasi ayam claypot dan ais kacang, kedua-duanya dengan versi tersendiri, menampilkan meringue berperisa mawar dan mousse jagung.

Salah seorang juri, Gregg Wallace menyifatkan pencuci mulut itu sebagai ‘benar-benar lazat’, manakala John Torode, berkata masakan itu menonjolkan dua sisi berbeza Ping.

“Yang pertama adalah sisi yang sangat serius, sangat teknikal, manakala satu sisi lagi yang menyeronokkan. Masakannya hari ini sedap, tidak ada apa lagi boleh diperkatakan,” kata Torode.-Metro.UK

Anak Malaysia MasterChef Ping pemenang MasterChef UK Champion of The Champions [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?

Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker