Kad kahwin sudah diedar, calon suami curang dengan rakan sekerja [VIDEO]

Wanita tersebut menangkap bakal suaminya selepas mendapat tahu lelaki itu curang dengan rakan sepejabatnya. – Instagram

Satu video yang menunjukkan seorang bakal pengantin perempuan yang menangkap calon suaminya berlaku curang dengan wanita lain menjadi tular di media sosial Indonesia, lapor laman berita Merdeka.com semalam.

Menurut akaun Instagram @memomedsos, kejadian itu berlaku di Balikpapan, Kalimantan Timur.

Wanita tersebut dikatakan sudah lama curiga dengan sikap bakal suaminya dan mengambil keputusan untuk mengekori kereta lelaki itu. Dia kemudian melihat si kekasih keluar bersama seorang wanita lain.

“Saya mengekori keretanya dan ternyata dia bersama dengan seorang wanita lain,

“Saya sudah lama berasa curiga dengannya kerana dia sering berkata bahawa wanita itu hanya rakan sepejabatnya,” demikian kenyataan dimuat naik wanita itu pada video tersebut.

Lebih menyedihkan, kad undangan perkahwinan mereka juga sudah diedarkan.

Netizen yang menonton video tersebut kemudiannya meninggalkan pelbagai komen.

“Sepatutnya anda tidak perlu menyerang dia, cukup sekadar merakam perbuatannya dan tinggalkan sahaja lelaki itu, ia lebih menyakitkan,” komen seorang netizen.

“Menari di atas penderitaan orang lain itu termasuk dalam tarian daerah mana ya?,” komen netizen lain. – AGENSI

Kad kahwin sudah diedar, calon suami curang dengan rakan sekerja


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?

Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker