Banjir Johor: Empat daerah masih terjejas

JOHOR BAHRU – Keadaan banjir di negeri ini tidak menunjukkan banyak perkembangan apabila seramai 4,274 mangsa masih ditempatkan di 57 pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih beroperasi setakat pukul 4 petang, hari ini.

Jumlah itu hanya berkurangan sedikit berbanding jumlah 4,346 mangsa banjir yang ditempatkan di 58 PPS seperti direkodkan pada pukul 12 tengah hari.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, setakat ini sebanyak empat daerah masih terjejas akibat banjir di Johor.



Katanya, daerah tersebut adalah Segamat, Muar, Tangkak dan Batu Pahat.

“Ketika ini, Segamat kekal menjadi daerah paling teruk terjejas dengan seramai 2,291 mangsa, diikuti Muar (1,115 mangsa), Tangkak (814 mangsa) dan Batu Pahat (54 mangsa).

“Sementara itu, lima PPS yang telah ditutup hari ini adalah PPS Balairaya Kampung Pudu di Segamat dan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Serom 8, SK Ledang, SK Simpang Lima Darat dan Sekolah Agama Simpang Lima Darat di Tangkak,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Vidyananthan, terdapat empat sungai yang masih menunjukkan paras bacaan bahaya iaitu di Buloh Kasap, Segamat; Kampung Olak Sepam dan Panchor, Muar serta di Kampung Labong, Mersing.-K! ONLINE




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Wanita dakwa jumpa Rasulullah alami bipolar disorder (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker