Polis cari kanak-kanak tular minta sedekah

Polis cari kanak-kanak tular minta sedekah

Pihak polis telah menjalankan usaha untuk mengesan seorang kanak-kanak dipercayai bukan warganegara yang rakaman video menunjukkan dirinya sedang meminta sedekah di jalanan tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Saiful Annuar Yusof berkata, siasatan akan dijalankan mengikut peruntukan undang-undang yang boleh diambil oleh pihak polis.

“Tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 32 Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu mana-mana orang yang menyebabkan atau mengakibatkan kanak-kanak atau sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan seorang kanak-kanak, membenarkan kanak-kanak itu berada di mana-mana jalan, premis atau tempat bagi maksud mengemis, menerima sedekah adalah melakukan kesalahan.

“Jika disabitkan, individu terlibat boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selain itu katanya, tindakan juga boleh diambil mengikut Seksyen 283 Kanun Keseksaan (Bahaya atau galangan di jalan awam atau di haluan pelayaran awam) di mana jika bersalah hendaklah dihukum dengan denda yang boleh sampai RM400.

“Perbuatan yang dilakukan oleh kanak-kanak berkenaan juga boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 27 (c) Akta Kesalahan Kecil 1955 (Peminta-peminta sedekah).

“Justeru itu, amaran keras diberikan agar orang ramai tidak terlibat dengan apa-apa kesalahan yang melanggari undang-undang,” ujarnya.

Katanya pihak polis juga menyeru kepada orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah ke Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584/585 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan.

Terdahulu, seorang kanak-kanak dipercayai warga Rohingya tular di media sosial selepas kelakuannya ketika meminta sedekah di jalanan dikecam orang ramai. K Online

Polis cari kanak-kanak tular minta sedekah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Wanita dakwa jumpa Rasulullah alami bipolar disorder (Video)

Michael Ang jadi penyanyi pulak, ini kata Fizz Fairuz

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker